(Gambar) Penternak Bingung, Berbelas Ekor Ayam Ternakan Hilang Organ Dalaman Dimakan 'Makhluk Tidak Diketahui'
Tersebar di laman Facebooknya beberapa keping gambar di mana katanya bebelas ekor ayam belaannya seorang penternak ayam telah mati.
Dari status berkenaan ternyata penternak ayamg tersebut bingung apabila ayam-ayam yang mati berkenaan tidak dimakan di bahagian badan atau pun daging sebaliknya bahagian organ dalaman sahaja.
Kepsyen yang dimuatnaik oleh berbunyi, "Sudah berbelas ekor ayam dikerjakan "makhluk tak diketahui" ni....Dia makan bahagian dalaman ayam je."
"Ada sesiapa tahu makhluk apakah itu? Adakah biawak atau binatang lain?? Atau.............,"tulisnya yang ternyata masih tertanya-tanya.
Berdasarkan komen netizen pula mereka menyatakan ia adalah kerja musang yang memang selalu menjadikan ayam sebagai makanan.
Namun ada juga yang meneka ia adalah kerja biawak, kucing hutan dan tidak ketinggalan katanya kerja makhluk halus.
Seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Ali Ismail berkata, "Ini klu x silap keje kucing hutan bintik .ayam telur ke?. sbb dulu kwn ada bela kucing hutan .mlm dia pergi tangkap ayam yg tengah bertelur .habis buntut ayam d korek krna nk ambil telur dlm perut."
Cynta Lavender berkata "Masa sy kecik dulu org kmpng ckp itu prbuatan hantu pocong..dia cma nk ambik hati ayam tu je..perut ayam dia tk sentuh..dan ada org ckp itu krja balan2 jga..dpkmpungan pndalaman sabah benda ni sering tjadi pda pnternak ayam."
Jawapan yang agak logik yang ditulis oleh netizen akhirnya muncul di mana Mohamad Muhaimin Jasmani, berkata, "Sebenarnya kalau semua nak tahu....tu perbuatan ayam jugak..benda ni jadi kat saya..saya menternak ayam kacuk...20 ekor...sekor2 mati...."
"Yang pelik....akan berlobang di bahagian dubur ayam....dan isi2 dalaman semua habis kosong...."
"Satu hari tu depan mata nampak....ayam-ayam yang lain akan cari sekor ayam yang nmpak lemah dan patuk kat bahagian dubur sampai berdarah....dan ayam yg lemah tu mati....organ-organ dimakan oleh ayam lain..."
"Pengajaran dia....kalau boleh kasi makanan lebih sikit pada ayam yg berkurung....ade jenis ayam yang kuat makan...."
Kalau rajin...cari batang sagu...dan belah..macam saya buat skang....jadi ayam tu akan memetuk batang sagu tu kalau kelaparan...ayam yg lain tak menjadi mangsa...
Saya harap perjelasan saya ni dapat membantu...," terang beliau.
Selain itu ada juga yang mencadangkan cara yang terbaik untuk mengetahui punca kejadian ini adalah memasang kamera litar tertutup.
Bagaiamana pun lokasi kejadian tidak dinyatakan dan kesahihan berita ini masih boleh dipertikaikan kerana tiada maklumat lengkap disertakan. - Siakapkeli.my