Dikejar syaitan highway plus

Dikejar syaitan highway plus.

Salam n selamat malam admin. Terima kasih admin kalau admin publish apa yg sy tulis ni. Aku nak cerita sikit pengalaman aku sendiri malam semalam(ahad malam) 8/8/2016 dekat highway plus dari Ipoh menghala ke KL. At first aku nak minta maaf kalau cerita aku ni nanti buat korang rasa tak selesa atau takut. Tapi tulah aku nak cerita jugak sebab maklumlah first time aku kena macamni.

Cerita dia weekend semalam aku ada family trip 3 hari 2 malam ke langkawi, bertolak dari sini(puncak alam) pada hari jumaat petang dan gerak 2 kereta dari puncak alam ni. Cerita yang aku nak bagitahu ni sebenarnya ialah masa perjalanan balik kitorang dari Alor setar sampai lah puncak alam ni. Maghrib ahad tu bermula la perjalanan kitorang se-family dari kuala kedah tu nak balik ke puncak alam. Mestilah tentu sekali kena lalu highway plus kena lalu kedah, pulau pinang, perak dan barulah sampai selangor kan. Entah macam mana aku lupa nak baca doa, even doa naik kenderaan pun aku lupa nak baca! Eksited punya pasal kot weh masa tu! Eksited nak upload gambar kat instagram barangkali( jangan bash, memang salah aku )

Masa awal perjalanan dekat kedah dan pulau pinang tu masih normal lagi. Masa ni bukan aku yang drive, aku just penumpang duduk tepi je masa tu. Bila sampai je kat perak dekat RnR sg.Perak abang ipar aku dah rasa mengantuk gila. So, kitorang exchange tugas, abang ipar aku tido sebab dah barai, abang aku pulak drive kereta abg ipar aku. So aku kena drive kereta abang aku. Haaa start sini lah cerita dia mula..

Start dari RnR sungai perak lagi aku rasa tak yakin dan takut walaupun aku tak tahu aku takut benda apa. Aku memang ada masalah2 lemah semangat tapi bukan bermaksud aku ni penakut. Masa ni aku drive rileks lagi. Lepas je terowong kat ipoh tu kemudian lalu tol jelapang tak silap dan sampaiii lah simpang pulai aku dah boleh kira aku dah termasuk dalam game benda ni.

Aku cerita forward jelah, masa kat area plus simpang pulai ni aku ada terpandang satu menara pencawang elektrik yg voltan tinggi tu kat sebelah kanan aku. Masa tu drive slow je sebab tak berani bawak laju. Masa ni dah pukul 1 pagi lebih. Aku perhati ada benda putih macam layang2 tersangkut kat atas pencawang tu. Curious punya pasal aku pergi tenung dan pandang benda tu lama2 nak pasti kan apa benda yang tersangkut tu, sampai lah kereta yg aku drive tu melintas lalu tepi pencawang tu tiba2 ahhhhhhhh sudaaahhhhhhhhhhhhh benda tu terjun turun dari pencawang tu. Macam dia lompat dan terbang ikut arah kereta aku jugak masa tu. Yaaaaaa aku masa tu dah tahu yang aku tak boleh buat apa2, aku hanya mampu pecut je kereta aku masa tu sambil baca2 surah dalam hati sebab mulut aku memang terkunci masa tu sebab tergamam. Aku dah start perasan yang benda tu ikut kereta aku masa dekat gopeng bila aku toleh kanan, benda tu ada terbang kat seberang jalan kat atas pokok2 kat sebelah kanan aku. Aku dah bawak laju aku rasa 130km 140km jugak aku speed. Benda tu still follow sebelah jugak.

Lepastu aku bagi hint tangan suruh emak aku kat sebelah tidur, nak sedapkan hati punya pasal sebab aku taknak mak aku ajak borak tapi aku tak dapat nak layan sebab aku memang tak boleh nak bercakap langsung masa tu! kakak n adik aku kat belakang memang dah tidur dah. Bayangkan lah dari simpang pulai kat ipoh sampaiii lah RnR tapah aku kena kejar benda yang aku syak pontianak tu. Bila dah sampai Rnr tapah aku rasa macam dah lega sikit sebab ramai orang. Tapi still tergamam tapi dah boleh bukak mulut baca2 apa yang patut. Masa ni aku tak berani dah nak keluar kereta. Rehat tidur dalam kereta je sambil tunggu kereta abg ipar aku. Sambil2 tu usha2 kat atas2 pokok ada lagi ke tidak benda tu. Abang aku kat kereta lagi satu memang dah kena tinggal dengan aku masa ni, diorang lambat sampai rnr tapah sebab aku speed laju gila babeng sebab takut punya pasal. Bila dalam pukul 2 lebih macam tu aku tersedar dari tidur bila abang aku ketuk2 pintu kereta untuk ajak gerak dari rnr tapah tu. Aku tak sedar rupanya diorang parking dekat2 dengan aku jugak.

Kemuncaknya aku kena bila perjalanan selepas rnr tapah ni lah. Lepas je rnr tapah aku memang dah speed laju gila amik lane belah kanan, aku still tak sedap hati. Sebab perasaan tergamam tu masih ada since simpang pulai tu lagi tak hilang. Sampai je kat slim river area yg boleh nampak hospital slim river tu aku perasan benda tu ada lagi. Sebab bila aku nak toleh kanan pandang hospital tu benda tu terbang kat belah kanan kat seberang jalan. Sudahhhhhhhh pontianak tu masih ikut kereta aku lagi masa tu. Luckily aku dah mula sedar masa tu, sepatutnya jangan layan untuk lari daripada benda tu. Hati aku kuat kata jangan layan, jangan lari, duduk lane tengah je bawak relaks2 ja. So aku decide untuk duduk lane tengah walupun aku nampak benda tu still ikut kat belah kanan kat seberang atas2 pokok. Masa ni dugaan lain pulak. Aku nampak jalan aku all the way turun bukit curam. Yesss walaupun takde bukit bukau area tu tapi aku nampak dengan kepala mata aku sendiri jalan kat slim river ke behrang tu turun bukit macam kat karak. Sah! Aku dah kena game dengan benda tu! Aku baca2 surah n zikir lagi kuat tapi tak boleh jugak sebab mulut terkunci. Dah pasang radio ceramah2 tapi benda tu still follow.

Sampai lahh dekat area behrang, aku diuji lagi sekali bila benda tu menjelmakan diri dia kat depan kereta aku secara mengejut! Nasib baik aku bawak slow line tengah wehhhhh! Sempat mengelak ke kiri luckily takde lori treler atau bas kat belah kiri tu weh. Kurang ajar gila benda yg aku syak pontianak tu dah cuba nak buat kereta aku terbabas. Semua orang dalam kereta terjaga sebab diorang ingat nak eksiden. Start dari peristiwa nak terbabas tu la mak, kakak n adik aku dah start berjaga taknak tidur balik dah. Mungkin diorang ingat aku mengantuk tapi diorang tak tahu yg aku sebenarnya tahan diri dari menangis sejak dari simpang pulai lagi. Masa ni aku dah lemah gila badan aku sebab terkejut. So aku bawak slow gila kat lane tengah tu sebab tergamam sangat. Aku dah lemah gila macam nak pengsan je masa tu sampai lah kitorang berhenti kat rnr rawang aku mintak tukar suruh abang aku drive pulak sebab aku memang dah tak boleh drive. Kereta lagi satu tu abg ipar aku pulak yg drive sendiri. Start dari rnr rawang tu aku perasan benda tu dah tak follow kitorang, tapi aku still baca ayat kursi n surah semua tu sampai lah depan pintu bilik aku kat rumah. Even masa baring nak tidur pun aku baca sampai lah aku terlelap sendiri.

So nilah pengalaman aku malam semalam, keesokkannya iaitu tadi tengah hari baru aku berani cerita dekat semua family aku. Dan diorang sebenarnya memang dah perasan dah pun yang aku kena kejar benda tu n nampak aku lain macam. Pengajaran dia kat sini, kalau korang semua kena benda macam ni masa drive, tolonglah jangan layan benda tu dengan bawak laju2 untuk lari dari benda tu. Buat je tak tahu dan fikir dalam2 apa yang terbaik. Yg penting korang jangan menggelabah macam aku. Cuba bayangkan kalau masa kat behrang tu aku bawak laju2 140km, lepastu aku elak benda tu, confirm kereta yg aku drive tu dah terbalik dan terpusing-pusing nauzubillah.

FA

SUMBER:http://ift.tt/2aQBEnG

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih