Masalah adik sendiri

Masalah adik sendiri

Hi. Ni first time aku nak confess kat sini. Aku tak berapa pasti lah tindakan aku nak confess ni okay ke tak tapi bila fikir fikir semua identiti yang berkaitan termasuk diri aku sendiri sebagai confessor disembunyikan jadi tak timbul isu mengaibkan diri sendiri mahupun keluarga. Jadi harapnya xde lah yang nak komen mengaibkan keluarga sendiri dan sebagainya.

Aku just nak luahkan perasaan aku yang memang dah bengang sangat dengan adik aku sendiri. Tahun ni dia nak spm. Aku pun taktahulah macam mana nak cerita. Kami ni dua beradik je yang satu ibu. Aku mengakulah yang kami ni memang tak macam orang lain boleh rapat adik beradik. Aku pun taktahulah nak cakap macam mana. Aku dengan adik adik aku yang lain mak tu boleh je aku layan baik gila. Diorg tu kecik kecik lagilah. tapi yang duduk serumah ni mmg buat aku tak tahan.
Sebagai anak sulung parents aku mmg harap kat aku untuk jaga n guide adik aku ni especially dalam pelajaran aka masa depan dia lah. Kiranya apa apa aku ni jadi tempat rujukan diorg lah. Tapi korang tahu tak adik aku ni perangai dia aku rasa siapa pun takkan tahan. Dia sangatttttt malas nak belajar, kalau belajar tu buka buku dengan terpaksa sbb kena pksa sambil baring then buat macam baca novel. Ko rasa? Einstein pun takde perangai gitu weh! Dah namanya study mestilah kena proper and at least ada buat notes even sikit sikit pun kan? Ni dah nak spm tapi dia langsung xde menunjukkan ciri ciri calon spm. Aku sejujurnya dah berbuih cakap macam macam nasihat marah cakap lembut eh macam macam lah dah cuba. Ko tau, dia ni kalau nak belajar style dia nak kena pujuk je. Siapa larat wehhh, cikgu cikgu kt sekolah tu takde masa nak layan perangai gini. Setakat cikgu tuition tu okay lagi lah berhati mulia n ada mada juga nak main pujuk pujuk ni. Tapi biarlah pasal pelajaran tu sumpah aku dah penat nak kisah lagi. Bukan sebulan dua aku nak kena bising kat dia pasal pelajaran ni tapi dari upsr sampai pt3 membawa ke spm ni ha.

Dia ni punya style memang x matang langsung. Berbeza langsung dengan sepupu sepupu sebaya dia even kawan kawan sebaya dia pun aku langsung x boleh faham kenapalah dia jadi mcm ni.
Nak kata kurang kasih sayang mmg dia sendiri yang suka memerap diri n x campur kitorg dalam rumah ni. Aku jenis suka lepak dengan parents aku n ikut je diorg pergi mana. Tapi dia lebih suka terperap dalam bilik,dengar lagu or main laptop, main handphone n tengok cerita korea. Lagi satu dia ni suka sangat bawa handphone kat dalam bilik air and dengar pasang lagu. Aku taktahulah nak kata aku yang baran sangat x penyabar ke or memang dia yang bermasalah.
Bab pelajaran tadi tu, macam yang aku cakap aku dah malas nak kisah n sebenarnya kalau x pandai pun sukati dia lah hidup dia. Yang lebih penting pada aku rajin solat, jaga perangai, hormat orang sekeliling n sayang keluarga. Senang cerita benda basic lah sebagai manusia yang normal. Yang aku pelik tu kenapa dengan org lain aku okay je even dengan adik adik aku ygkecik tu tp dengan dia ni aku memang x boleh sabar. Makin hari dia ni makin biadap. Dengan mak aku jangan kata lah. Di tengking nya selagi tak mahu. Dia ni jenis cakap suka merempan/menengking. Then jenis suka memaksa. Aku tak tahulah sbb korang x mengenali dia secara dekat jadi korang mungkin akan rasa cuma aku je yang terlalu tak penyabar or rasa aku je yang bagus. Tapi klau sampai dah tahap keluarga saudara mara pun mula mengata tentang perangai dia, korang rasa salah ke apa yang aku kata sekarangni? Solat malas, biadap,kalau makan tak pernah ingat orang belakang,pergi rumah saudara mara or balik kampung langsung tak menolong. Bila kita cakap dia buat macam pekak je. Kalau ada antara korang yang nak bersikap positif n kata alaaa dia ni mungkin tak matang lagi orlambat matang,serius aku cakap dengan parents aku pun penat nak tunggu bilalah agaknya dia ni nak matang. Sampai aku ni dah sampai tahap x boleh terima lagi alasan x matang tu . Umur 17 tahun tapi tak reti kemas tempat tidur, makan berbunyi walaupun dah tegur banyakkkk kali oleh aku n parents, langsunh x nak tolong parents kalau kat rumah, n banyak lagilah perangai pelik dia yang aku x bolehnak listkan semua sekali.

Kemuncaknya yang aku sakit hati sangat dengan dia sekarang ni aku terjumpa dalam telefon dia save nama aku setan sewel. Kalau kau ada adik yang buat kau mcm tu, kau rasa ap? Lepastu dia plak marah aku sbb buka telefon dia n aku dan dia cakap x suka aku sambil tengking then aku katalah macam lah aku suka kau lepastu kami pun bertekak sikit ajelah.Aku mengaku yang aku ni memang bukan kakak yang perfect. Aku jenis yang manja. Tapi aku tak salah kalau aku kata aku masih mainkan peranan aku sebagai kakak. Sebenarnya aku ni sikit pun tak kecik hati dia nak save nama alu macam tu. Tapi hati aku ni marah sangat sebab dia ni biadap kurang ajar dan x respek aku. Tak sedar diri aku yang uruskan dia ke sana sini n aku kalau keluar jarang sekali aku balik x belikan dia apa apa sbb parents aku ajar aku untuk ingat adik di rumah . Ko tau dia ni memang ego tahap langi ke tujuh, dia memang tak pernah nak minta maaf dengan orang. Walaupun mak ayah aku dah sound dia n suruh dia minta maaf dekat aku dia boleh buat bodoh je. Dasar budak biadap.

Lepastu ada satu insiden aku nak mandi sbb aku nak pergi kerja.dia selalu mandi bilik air atas dan aku kat bawah.tapi sekali tu dia mandi bawah jadi aku naik angin lah sebab aku kerja jauh sikit jadi aku dah bajet masa untuk bersiap dan buat pertama kali lepas dia biadap dengan aku pasal nama dalam telefon dia tu aku cakap dengan dia. Aku marah dia sbb mandi kat bawah sebab dia kan tahu aku kerja. Lepastu dia senyap je bila aku suruh keluar. Dia tu kan kepala batu n suka buat kepala bana dia, aku lagilah angin sebab dia x respon nak kata sekejap ke apa ke. Aku dah bengang sangat aku gegar lah pintu tu pastu dia boleh tengking aku lagi kuat nak tunjuk hebat. Dengan lagak dia yang macam nak pukul aku siap tangan dia tunjuk tunjuk muka aku. Mak aku leraikan kitorg siap dia boleh tolak mak aku. Ba** punya budak. Mulut dia memang takyah xakaplah masa tu. Aku tahu mak aku sedih n tak suka tgk kitorgmcm tu tapi anak dia tu terlalu biadap sampai aku dah tak larat nak hadap. Aku lepas ni dah malas dah nak ambil tahu hal dia lepas ni . Rasa diri tu dah hebat snagat kan. Lepas spm ni ko nak merempat ke ko nak jadi apa pun aku dah malas nak kisah. Keluarga ko sayang ko n peduli pasal ko tapi ko tak pernah nak hargai. Ko yang nak spm mak yang beria bersungguh sungguh. Ko langsungg tak ada effort nak buat ap apa. Berangan mat jenin tinggi taknak kalah. Sorrylah aku ter confess panjang sangat. Namanya pun confession. Aku tahu aku sendiri tak sempurna, banyak silap dan dosa sendiri. Tapi aku dah tak mampu nak bertoleransi dengan manusia yang aku kongsi darah yang sama dalam tubuh aku ni. Selagi dia taknak berubah aku pun tak lapar nak berbaik dengan dia.

Mungkin korang rasa dari penulisan aku ni aku bukan kakak yang baik, tapi apa yang aku boleh cakap memang aku tabiklah kalau ada orang yang memang betul bwtul boleh tahan sabar dengan perangai dia . Sedangkan seorang mak pun hampir berputus asa dengan dia. Apa yang korang baca ni cuma sebahagian je dan aku yakin korang tak dapat gambaran sepenuhnya tentang ap yang aku lalui ni. Tapi xpelah jangan kecam kecam, anggap je ni hiburan facebook untuk korang. Hehe. Thanks sudi baca.

Aina

SUMBER:http://ift.tt/2aQBb5c

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih