BN Melaka Akan Usul Pertambahan Tiga Kerusi
Published on Aug 14, 2016 in Politik/Terkini
SEREMBAN Barisan Nasional (BN) Melaka akan membawa usul bagi menambah kira-kira tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu dalam persidangan DUN akan datang, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata penambahan kerusi itu dilihat wajar memandangkan beberapa kawasan Parlimen di negeri itu, kini mempunyai jumlah pengundi yang terlalu ramai.
Misalnya bilangan pengundi kawasan Parlimen Tangga Batu kini mencecah 80,000 orang, Bukit Katil pula seramai 104,000 orang dan Kota Melaka, 98,000 orang.
Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat keadaan ini supaya ia dapat ditangani demi kebajikan rakyat supaya tidak terpinggir dengan jumlah pengundi terlalu ramai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mahu penjelasan mengenai persempadanan semula di kerusi Parlimennya, baru-baru ini.
Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata persempadanan semula dan pertambahan kerusi itu adalah bertujuan untuk memastikan tiada rakyat yang merasa kecewa selain membolehkan perkhidmatan wakil rakyat dapat diberikan dengan lebih cekap dan berkesan.
Ini adalah suasana yang cukup menekan dari segi geopolitikjadi saya kata SPR kena ambil tindakan buat kajian serta lakukan perubahan dan saya akan bawa ke DUN kerana terdapat keperluan, kehendak dan desakan untuk saya melebar luas perkhidmatan wakil rakyat.
Kalau masih lagi tidak berubah dengan persempadanan sedia ada, saya bimbang rakyat akan kecewa kerana tidak boleh menghargai sistem demokrasi berparlimen kerana ia tidak mencapai apa yang mereka mahukan,katanya. BERNAMA
Tags: Idris Haron
Anda Juga Mungkin Berminat
Aug 7, 2016
Miliki Pemikiran Kemenangan Untuk Tawan Selangor
KUALA LUMPUR Anggota UMNO khususnya di Selangor digesa turun padang dengan berbekalkan pemikiran kemenangan dalam
Jul 24, 2016
Program Tingkat B.Inggeris Pegawai Awam Melaka
MELAKA Beberapa universiti awam telah tampil menawarkan program intensif meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
Jul 18, 2016
Enakmen Sumber Air Negeri Melaka Akan Dikaji Semula
MELAKA Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji semula Enakmen Sumber Air Negeri Melaka 2014 selaras dengan
Post navigation
Previous Story Previous post: Pembangkang Manipulasi Isu Ibarat Uji Kaji Kimia BerisikoNext Story Next post: Rompak: Kedai Emas Di Putrajaya Kerugian RM30,000
Terkini dari Politik
Aug 14, 2016
Pembangkang Manipulasi Isu Ibarat Uji Kaji Kimia Berisiko
PADANG RENGAS Kecenderungan pembangkang memanipulasi pelbagai isu kebelakangan ini ibarat uji Aug 14, 2016
Perbetulkan Segala Yang Tak Kena Dalam UMNO Sendiri
KOTA TINGGI Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru anggota Aug 13, 2016
Sumbangan UMNO Untuk Islam Banyak, Tapi Tak Disedari
BESUT UMNO adalah parti yang paling banyak menyumbang dalam membangunkan agama Aug 13, 2016
Keahlian UMNO Kedah Gugur Jika Sertai Parti Lain
JITRA Keahlian anggota UMNO Kedah akan digugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Aug 13, 2016
UMNO Tak Dilahirkan Daripada Kebencian, Kekecewaan
JELEBU UMNO bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih