Bella dally nafi dikongkong nazim othman

3-Bella-Dally-Nafi-Dikongkong-Nazim-Othm

Mengakui belum bersedia untuk berkongsi tarikh perkahwinan mereka, pelakon Bella Dally menyerahkan perkara itu kepada tunangnya iaitu Nazim Othman. Bagaimanapun menurut Bella, majlis akan berlangsung pada tahun ini.

BACA: Bella Dally Akui Nazim Othman Lelaki Terbaik Untuk Dirinya

Insya-Allah ia akan dilangsungkan hujung tahun ini dan kami akan maklumkan kepada semua tarikhnya nanti. Namun, biarlah perkara itu keluar daripada mulut Nazim. Tak manis sekiranya saya pula yang memaklumkan perkara itu

Dari segi persiapan memang sudah ada, tetapi saya tidak boleh berkongsi lagi kerana ada beberapa perkara yang belum lengkap lagi, jelasnya kepada Harian Metro. Tambahnya, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan di Kota Kinabalu juga masih dalam perbincangan.

Selain menafikan tunangnya itu menyekat mahupun mengongkong pergaulannya seperti yang didakwa sesetengah pihak, dia juga berharap agar peminat mendokan yang terbaik buatnya dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)

adv.php?sid=332179965797



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih