Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai, Hubungan Masih Baik
Memohon maaf kerana tidak menjawab pertanyaan mengenai status
hubungannya bersama bekas isteri, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali
sebagai Farah Lee, Ally Iskandar menjelaskan perkara tersebut di laman Facebook miliknya.
BACA:

“BismillahirRahmanirRahim, kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai
maklum balas kepada pertanyaan pihak media, dan spekulasi yang berlegar
di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin
Romli, 27”
“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi
respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan
harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan
keadaan,” antara kata-katanya dalam kenyataan tersebut.
Selain itu, Ally menyatakan baha dia telah bercerai pada 17 Ogos lalu
dan kini biar pun tidak mempunyai sebarang ikatan lagi bersama bekas
isterinya itu, hubungan di antara mereka dan keluarga masih baik.
“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat
tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik
untuk kami. Besar harapan saya agar kenyataan ini terhebah dengan
hikmah”
“Saya doakan yang terbaik buat semua. Semoga Allah rahmati kita
sentiasa,” katanya menutup kata. Semoga Ally dan isteri sama-sama tabah
menghadapi situasi yang dihadapi kini.
Sumber : rotikya