Siapa Dalang Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia?

Menonton dokumentari al-Jazeera berjudul "Locked up in Malaysia's Lockdown" dalam segmen '101 East' jelas menunjukkan sumber berita mereka yang bernama Rayhan Kabir itu sebenarnya terang-terangan menipu.

Locked up in Malaysia's Lockdown

Semua orang tahu bahawa tiada negara yang akan membenarkan mana-mana individu yang bukan warga negara memasuki sesebuah negara tanpa dokumen, kecuali keadaan perang atau darurat dan atas dasar kemanusiaan dan agama, kerajaan akan melonggarkannya.

Dalam dokumentari itu, ada satu babak perbincangan Rayhan dengan peguam hak asasi manusia, Sumitha Santini Krishna dan jelas ditanya oleh peguam, mengapa tidak diadukan kepada pejabat buruh atau pihak berkuasa.

Dia hanya menjawab, rakan-rakannya tidak tahu, sekali gus menjelaskan kebodohan diri mereka kerana dia mendakwa visa rakannya sudah tamat setahun yang lalu dan tidak mahu disambung oleh majikan.

Ertinya mereka masuk secara sah, jadi paling kurang mengapa mereka tidak mahu ke Kedutaan Bangladesh, tidak perlu takut apa-apa.

Keduanya, dia yang kononnya banyak tahu dan menjadi pejuang kepada rakan-rakannya, mengapa tidak membantu mereka ke pejabat buruh bagi menyelesaikan masalah itu?

Atau adakah sebenarnya rakan-rakannya itu masuk secara haram ke negara Malaysia? Jadi alasan kerana rakannya tidak tahu dan gagal ke kedutaan itu, jelas satu pembohongan yang nyata.

Kemudiannya, tidak puas berbohong, dia tokok tambah lagi penipuan yang lain iaitu dengan mendakwa kesalahan rakan-rakannya itu 'hanyalah' kerana tiada dokumen yang sah.

Dia lupa bagaimana Bangladesh menghalau Rohingya, saudara seagama mereka, jiran negara mereka dengan penuh kehinaan, kerana tiada dokumen.

Jika tiada dokumen itu bukan kesalahan, mengapa Bangladesh menghambat pulang Rohingya itu?

Sekurang-kurangnya Malaysia masih bersifat manusia dengan menerima pelarian ini atas dasar agama dan kemanusiaan.

Bahkan sebelum ini, rakyat Vietnam dan Kemboja juga diraikan Malaysia, walaupun sebahagian besar Vietnam itu beragama Buddha.

Dia mempercayai pembohongannya itu akan diterima penonton dengan mendakwa rakan-rakannya yang berada di dalam pusat tahanan itu tidak diberi makan oleh kerajaan.

Sedangkan jangan dikata kawan, ahli keluarga juga tidak dibenarkan berjumpa seseorang itu jika dia positif COVID-19. Apa istimewa dia?

Hal itu juga disahkan oleh peguam itu yang semua pusat tahanan tidak dibenarkan menerima pelawat walaupun peguam seperti beliau.

Sehingga kini, tiada laporan mengesahkan tahanan PATI di mana-mana Depoh Imigresen di Malaysia, mati tidak diberi makan.

Dan paling melucukan pada awal temuramahnya, dia mengakui kerajaan menyediakan bantuan makanan dan perubatan, walaupun dia mendakwa kerajaan melayan mereka seperti binatang.

Apa yang al-Jazeera lupa untuk memasukkan dalam laporannya ialah bagaimana pasukan keselamatan Malaysia dilempar bungkusan air kencing kerana kawasan yang majoriti PATI tinggal, di tutup sepenuhnya.

Bahkan, terdapat banyak perkampungan yang majoriti penduduknya warga tempatan dikepung kerana mahu menghalang jangkitan.

Semua manusia di situ termasuk juga haiwan, diberi bekalan makanan oleh Kerajaan Malaysia!

Malah, ramai keluarga Bangladesh dan Rohingya, dikesan cuba menipu dalam mengambil bekalan, mahu mendapat lebih untuk bahagian mereka.

Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri baginda dan juga YAB Perdana Menteri, turut menjalani kuarantin kerana disyaki dijangkiti. Itulah disiplin tertinggi oleh orang Malaysia, bagi melawan COVID-19.

Al-Jazeera juga gagal memberitahu dunia bahawa Dato' Dr Noor Hisham Abdullah telah dinobatkan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani COVID-19.

Mereka juga sepertinya tidak mahu memasukkan info-info lain seperti trend menurun kes, yang menghampiri kosong.

Adakah mereka dibayar? Jika benar, amat rendah harga atau nilai mereka kerana plot cerita itu langsung tidak dipercayai orang yang waras.

Apa lagi berkaitan dengan isu kebenaran masuk ke negara tanpa dokumen yang sah, paling kurang buatlah cerita yang lebih berkualiti kalau pun menipu.

Namun, kita tidak mahu menghukum semua rakyat Bangladesh di Malaysia berperangai anjing sama seperti Rayhan itu.

Ini hanyalah sebilangan kecil. Masih ramai yang tidak menipu dan baik budi. Juga kepada Al-Jazeera, bukan semua berita mereka sampah. Tetapi untuk isu kali ini, ia amatlah tidak berguna dan teramat busuk untuk disiarkan.

SIAPA DALANG?

Rayhan Kabir Wanted

Laporan Al-Jazeera yang ternyata amat berat sebelah tidak mustahil didalangi oleh pihak tertentu yang cemburu dengan pendekatan terbaik Malaysia, sehingga diiktiraf dunia, dalam menangani wabak COVID-19.

Sekiranya agensi berita antarabangsa itu berniat baik, sudah tentu mereka akan menemubual pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Imigresen polis dan sebagainya.

Malangnya, fokus Al-Jazeera lebih kepada kehidupan PATI, ketika semua warga berada dalam ketakutan wabak COVID-19, mana tidak nampak negatif.

Lebih-lebih lagi ketika serbuan, tindakan dan penguatkuasaan dilakukan bagi mengelakkana wabak merebak.

Nama pun PATI, cukuplah Malaysia sediakan segala peluang pekerjaaan untuk mereka, takkan nak dilayan dengan layanan kelas pertama.

Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Hanya kerana beberapa insiden kecil, maka Malaysia ditonjolkan sebagai sebagai negara yang kejam dan zalim terhadap PATI.

Dalam 1,000, satu kelemahan, menenggelam 999 kebaikan. Ini sangat tidak adil. Ternyata mereka ini ada agenda jahat di sebalik ini.

Juga amat menghairankan apabila Al Jazeera tidak menonjolkan dan menemubual pihak yang terbabit memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuk PATI ketika COVID-19.

Begitu juga dengan banyak lagi organisasi lain, kenapa bantuan mereka terhadap PATI langsung tidak diberikan liputan meluas dalam video Al Jazeera? Tidak pula ditonjolkan organisasi atau NGO Islam yang membantu?

Sebaliknya lebih menonjolkan individu yang bernama Alex? Kenapa Alex? Bukan Ali? Apa tujuan semua ini? Agenda apa yang cuba dibawa?

Turut dipersoalkan adalah, kenapa Al Jazeera tidak membuat perbandingan dengan negara-negara lain yang melayan PATI.

Jawapannya mudah. Malaysia ibarat syurga bagi PATI, sehingga kadangkala mereka jauh lebih kaya daripada penduduk asal itu sendiri.

Memang tidak boleh salahkan PATI jika mereka kaya, kerana mereka berusaha, tetapi kenapa nila setitik, rosak susu sebelanga.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk "Locked Up in Malaysia's Lockdown" berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap PATI ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

Dokumentari itu mendapat cemuhan rakyat yang menyifatkannya sebagai tidak benar dan berniat tidak baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2