Lambakan peralatan memasak di pasaran ada kalanya membuat kita rambang mata untuk membuat pilihan, namun ramai mengambil ringan soal keselamatan peralatan memasak yang tanpa kita sedari tidak selamat untuk kegunaan seharian.
Menurut pakar kimia, Dr Fatimah Salim, perkakasan memasak seperti senduk dan sudip berwarna hitam boleh memudaratkan kesihatan penggunanya.
"Biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula.
Paparan skrin pertanyaan seorang individu mengenai penggunaan senduk dan sudip plastik berwarna hitam yang dikongsi Dr Fatimah di Facebooknya.
"Juga dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya," katanya menerusi satu posting di Facebook.
Jelasnya lagi, kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran bahan-bahan kimia ke dalam makanan yang dimasak selain penebat api berbromin jika dipanaskan melebihi suhu 70 darjah Celsius.
"Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
"Maka elakkan penggunaan plastik jenis ini pada suhu yang mendidih," katanya.
Sebagai alternatif, Fatimah menyarankan penggunaan senduk yang diperbuat daripada besi, keluli tahan karat, kayu atau buluh, kaca dan seramik kerana lebih selamat.
"Bergantung kepada kombinasi bahan binaan. Senduk silikon juga boleh digunakan, namun kurang tahan apabila terdedah terus kepada haba memasak," katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai penggunaan senduk kayu berkilat, Fatimah berkata perkakasan itu selamat digunakan.
"Benar suatu masa dahulu, peniaga menggunakan bahan kimia berbahaya plumbum (lead) untuk mendapatkan rupa yang berkilat itu.
"Namun penggunaan plumbum telah diharamkan sejak tahun 1972 dalam produk yang melibatkan makanan," katanya.
Beliau berkata, senduk kayu (berkilat) itu kini disalut dengan menggunakan bahan selamat seperti minyak, selaput sintetik dan lilin.
"Sesetengah rawatan ini sememangnya menggunakan larutan organik untuk menggalakkan perlekatan maksima selaput kepada senduk.
"Namun proses rawatan dan permunian akhir akan pastikan kesemua larutan ini meruap dan ianya selamat digunakan," katanya.
Namun beliau turut mengingatkan orang ramai supaya membeli perkakasan tersebut daripada peniaga yang ada reputasi baik dan diyakini kualitinya.
"Mungkin juga, ada lagi peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahan kimia plumbum sebagai bahan pengilat ini.
"Walaupun sedikit mahal, belilah daripada peniaga yang ada reputasi baik dan kita yakini berkualiti," katanya.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com
Dr Fatimah.