Pelancongan Gunung Berapi Dan Risiko Kematian

Pada 9 Disember 2019, dunia dikejutkan dengan letusan Gunung Berapi di White Island, New Zealand, dengan tiada tanda-tanda hidupan terselamat berikutan letusan tersebut. 13 orang disyaki mati, lima orang dipastikan telah mati dan lapan orang masih hilang di pulau itu.

Gunung berapi White Island
White Island.

Antara mangsa yang terkena letusan itu adalah pelancong dari New Zealand, Australia, Jerman, China, Malaysia, Amerika dan United Kingdom. Pihak polis menyatakan bahawa terdapat sejumlah 47 orang pelancong termasuk seorang warga Malaysia berada di pulau tersebut semasa letusan itu berlaku.

White Island, yang juga dikenali sebagai Whakaari, merupakan gunung berapi yang paling aktif di negara itu namun demikian, pulau yang dimiliki secara peribadi itu merupakan tempat pelancongan yang paling kerap dikunjungi.

Risiko Melancong di Kawasan Gunung Berapi

Fenomena pelancongan gunung berapi telah menyaksikan ribuan pelancong cuba untuk mendekati tapak letusan gunung berapi untuk mendapat pengalaman secara langsung bagi menyaksikan, mendengar dan merasakan haba bagi pemandangan semulajadi itu.

Kajian dari Royal Geographical Society (Persatuan Geografi Diraja) telah memberi amaran akan risiko pelancongan Gunung Berapi tersebut, bahawa para pelancong tidak memahami betapa seriusnya risiko tersebut.

Ahli Geografi University Cambridge, Dr. Donovan memberi amaran bahawa pelancong-pelancong itu bakal mewujudkan masalah yang berbahaya di samping proses menyelamatkan mereka yang sukar.

Terdapat banyak kemalangan dan kecederaan yang boleh terjadi dan risiko kesihatan apabila berada di jarak yang dekat dengan gunung berapi yang aktif termasuklah hentaman batu, terkena lahar gunung berapi yang panas dan apabila berada dekat dengan letusan api, maka ia boleh membahayakan paru-paru akibat dari gas beracun yang dihasilkan.

Selain itu, gunung-gunung berapi ini tidak boleh dijangka, letusan yang biasa boleh berlaku pada suatu ketika diikuti dengan letusan kuat tidak lama selepas itu.

Lava merupakan bahan luahan gunung berapi yang terlampau panas. Aliran ini boleh menjangkau lebih 1000 darjah Celcius, kepanasan yang boleh meleburkan kuprum.

Suhu dan sifat kimianya membentuk kepekatan lahar, yang mengawal kelajuan aliran tersebu, namun begitu, ada juga aliran lava yang begitu laju menjangkau 24 kilometer sejam, lebih laju dari kepantasan yang mampu dicapai oleh mangsa ketika melarikan diri dari letusan itu.

Gunung berapi juga membebaskan gas-gas beracun, seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan hidrogen klorida. Sebahagian gas ini, seperti sulfur dioksida, adalah bersifat terlampau menghakis dan boleh mengakibatkan kegatalan dan ketidakselesaan pada kulit, mata dan sistem pernafasan.

Ada juga kejadian yang mana gas-gas ini mengakibatkan kematian sepertimana yang berlaku pada kejadian Gunung Berapi di Afrika pada tahun 1986, mengakibatkan ramai orang dan ternakan mati akibat sesak nafas.

Dan juga risiko tersebut boleh memberi kesan kepada pasukan penyelamat dan Unit Tindakan Kecemasan.

Para pelancong yang memilih untuk pergi melebihi kawasan yang ditetapkan semasa letusan berlaku memaksa pasukan penyelamat merisikokan kesihatan dan keselamatan mereka untuk kerja-kerja penyelamatan dan pertambahan bilangan pelancong mengakibatkan pelan keselamatan menjadi semakin lambat.

Panduan Keselamatan

White Island Tour
White Island Tour.

Tidak seperti gempa bumi, gunung berapi selalunya menunjukkan tanda-tanda awal seperti gegaran dan kepulan gas yang keluar dari kawah.

Dan bagi kebanyakan kawasan gunung berapi yang berada di kawasan petempatan, saintis akan membuat tinjauan secara kerap bagi setiap perubahan yang berlaku bagi membolehkan mereka memahami bila letusan itu bakal berlaku.

Oleh itu, jika merancang untuk melancong, pastikan kita mendapatkan maklumat dari agensi kawalan tempatan bagi mengetahui zon yang sesuai untuk dilawati, laluan-laluan evakuasi dan risiko-risiko berada di situ.

Selain itu, sediakan kit kecemasan termasuk bekalan seperti makanan, minuman, perlindungan pernafasan dan perlindungan mata.

Walaupun bercadang untuk melawat sehari sahaja, pastikan pemakaian kasut yang sesuai, bekalan kit kecemasan dan air yang banyak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots