Tidur Lewat Dan Bangun Lambat Berisiko Mati Awal

Satu kajian terbaharu menyatakan bahawa, individu yang berjaga malam dan bangun lewat keesokan harinya berisiko mati lebih awal. Gambar hiasan. Kajian selama enam tahun melibatkan 430,000 rakyat Britain itu mendapati individu ‘burung hantu’ berisiko untuk mati lebih awal pada kadar 10 peratus lebih tinggi berban­ding individu ‘burung lark’ yang tidur awal dan bangun sebelum matahari muncul.