Benarkah Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia?

Perkara yang sering dicanangkan apabila berbicara perihal jin adalah kononnya hadis yang mengatakan bahawa, "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia", namun kenyataan ini sangat meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran mahupun hadis. Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan tentang jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib