Selepas Bercerai, Ini Komen Erma Fatima Tentang Bekas Suaminya, Bade Azmi

Selepas Bercerai, Ini Komen Erma Fatima Tentang Bekas Suaminya, Bade



Erma Fatima kini telahpun sah bercerai dengan Bade Azmi pada 17 Ogos lalu.


Bade melafazkan cerai talak satu terhadap Erma Fatima di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang.

Tanpa angin dan ribut, tiba-tiba sahaja mereka bercerai. Ramai tertanya-tanya apa yang berlaku selepas mereka berkahwin selama 26 tahun.

Erma Fatima menyatakan bahawa hubungan dia dan Bade masih lagi baik.

Malah dia mengatakan Bade lelaki terbaik baginya.


Ini komennya:

"Pada 17 Ogos saya dah tutup buku lama dan 18 Ogos buka buku baru. Jadi saya tak nak cerita tentang buku yang lepas.

"Hubungan saya dan dia masih baik, dia masih balik. Saya tak ada masalah dengan dia dan kami tidak pernah bergaduh.

"Biarpun kami sudah berpisah, dia tetap menjadi lelaki terbaik dalam hidup saya. Cumanya, jodoh kami sampai disini sahaja,"


Tentang anak-anaknya pula, memang mereka ada bertanya tentang perihal perceraiannya dan Erma telah menjelaskan perkara yang sebenar.


Ini komen Erma:

"Mestilah mereka tahu, itukan ayahnya. Setiap anak akan bertanya. Mungkin mereka sudah memahami saya.

"Bila saya katakan sesuatu, mereka harus menerimanya. Saya selalu pesan pada anak-anak, jika awak sayangkan seseorang, awak perlu melepaskannya,"


Pasangan ini mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

Pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida dan  dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: mStar