Bekas Kekasih Terima Surat SAMAN Dari Tunang Hans Isaac, Gabriella Robinson
Satu kisah kontroversi telah menjadi tupuan ramai baru-baru ini melibat Hans Isaac dan tunangnya bernama Gabriella.
Gabriella didakwa curang oleh bekas kekasihnya semalam.
Lelaki bernama Robin Coenraad itu mendedahkan perkara berkenaan di laman sosial miliknya.
Kini, dia telah menerima surat saman daripada Gabriella Robinson.
Robin telah memuat naik surat saman yang diterimanya kira-kira pukul 11 malam semalam.
Menerusi surat itu, Gabby telah mendakwa Robin memberikan kenyataan berunsur fitnah.
Ini tulis Robin:
“Sesiapa boleh bantu? Saya telah disaman dan terdapat sebuat kereta di luar menunggu saya untuk tandatangan surat itu. Tolong bantu saya,”
Tidak lama kemudian, Robin memadam status berkenaan yang membuat ramai tertanya-tanya.
Sebelum ini Hans Isaac telah memberi kenyataan bahawa Robin hanya mahukan perhatian dan cuba menjatuhkan maruah tunangnya itu.
Baca kenyataan penuh Hans Isaac DISINI.