‘Malaysia: Baby For Sale’, Al-Jazeera Dedah Sindiket Penjualan Bayi Di Malaysia!

Pasukan laporan Al-Jazeera baru-baru ini mendedahkan bagaimana kes penjualan bayi di Malaysia berlaku, lebih sadis apabila ia melibatkan rangkaian profesional yang dipercayai ramai seperti doktor dan pengawai kerajaan.

Baby For Sale

Berita kes penjualan bayi ini sangat mengejutkan, lebih-lebih lagi ia melibatkan kakitangan penjawat awam di Malaysia.

Hasil siasatan lebih dari 4 bulan ini mendapati, betapa mudahnya membeli bayi di Malaysia. Ia semudah seperti anda membeli barangan di atas talian dimana pengedar akan menawarkan pelangan katalog mengandungi gambar wanita hamil untuk pilihan.

Dikatakan, bayi lelaki yang berkulit cerah lebih mahal. Selain jantina dan warna kulit, kebanyakan bakal ibu bapa turut mengambil kira faktor etnik dan berat badan bayi dalam menentukan harga.

Harga seorang bayi boleh mencecah AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000).

Melalui hasil penyamaran dari program dokumentari eksklusif ‘101 East’ ini mendapati:
  • Bayi diperdagangkan seperti komoditi di Malaysia.
  • Harga ditentukan oleh bangsa, warna kulit, jantina dan berat.
  • Doktor dan pegawai kerajaan korup memalsukan dokumen kelahiran
  • Pengkritik menyalahkan penguatkuasaan undang-undang rumit di Malaysia atas kewujudan pasaran bawah tanah yang menyasarkan pasangan tidak boleh mempunyai anak sendiri.

Wartawan 101 East Chan Tau Chou mengatakan, Pengambilan anak angkat secara sah boleh mengambil masa bertahun-tahun di Malaysia dan ia adalah proses rumit

“Itu sebabnya ramai beralih kepada pengedar untuk membeli bayi. Dan kemudian mereka membayar doktor dan pegawai kerajaan untuk memalsukan dokumen kelahiran supaya tiada siapa tahu bayi itu bukan milik mereka.” kata Chan.

Pasukan Al Jazeera yang menyamar sebagai pembeli bayi berpotensi mendapati pengedar di Malaysia yang mengiklankan bayi dalam talian, mempunyai 78 wanita hamil Indonesia.

Pasukan 101 East turut menyamar untuk mengumpul bukti video doktor secara terbuka menawarkan bantuan memalsukan dokumen kelahiran bayi yang dibeli itu, dengan dibantu pegawai berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara.

Baby For Sale

Sindiket menjual bayi itu turut menarik banyak minat pekerja seks yang memutuskan tidak mahu menggugurkan bayi mereka apabila hamil.

Ramai bayi baru lahir akhirnya mendapat ibu bapa baik, pasangan yang sudah lama inginkan anak dan sanggup melanggar undang-undang deminya.

Bagaimanapun, mungkin ada bayi lain yang “dibeli” dan dipersiapkan untuk sindiket pedofil atau pengemis mengeksploitasi mereka.

Dokumentari berjudul ‘Malaysia: Baby For Sale’ ini telah ditayangkan dirangkaian TV antarabangsa semalam, manakala siaran ulangan akan ditayangkan pada hari Isnin jam 12.30 tengah hari dan 1.30 tengahari 28 November 2016.

Diharapkan pihak berkuasa di Malaysia mengambil kes ini dengan serius terutama apabila ia melibatkan kakitangan kerajaan dan memberikan imej yang buruk di mata dunia.

Ayuh rakyat Malaysia, mari kita bersama membantu hentikan pemerdagangan manusia.

BACA INI JUGA: Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

Sumber: Thevocket