Cebisan Ayat Al-Qur'an Dalam Alas Kaki, Eco Shop Malaysia Mohon Maaf!

Masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan berita penemuan cebisan ayat al-Qur'an dalam alas kaki.

Menghina Al-Qur'an

Berita yang tersebar di laman sosial khususnya WhatsApp, sebelumnya dilaporkan berlaku di Indonesia.

Seorang pengguna Facebook di Malaysia kemudiannya mendedahkan alas kaki yang dibeli, mengandungi ayat suci al-Qur'an selepas ia dikoyak dengan gunting.

Seorang guru, Kamariah Ali, tergerak hati untuk memeriksa alas kaki di rumah, susulan daripada penyebaran berita itu.

Kamariah+Ali

Hasilnya, dia amat terkejut apabila mendapati, memang terdapat cebisan ayat al-Qur'an dalam alas kaki yang digunakannya di rumah.

“Petang tadi (Khamis) ada sampai (mesej) WhatsApp pasal alas kaki ada ayat al-Qur'an.

“Apabila balik di rumah, (saya) periksa, rupa-rupanya (alas kaki saya) ada juga,” tulisnya lanjut.

Kamariah, dalam satu jawapan yang diberikan di ruangan komen, memaklumkan alas kaki itu dibeli di sebuah kedai harga murah di pinggir bandar.

Mohon Maaf Alas Kaki Ada Cebisan Al-Qur'an

ECO Shop Malaysia

Eco Shop Malaysia, kemudiannya telah menjalankan siasatan dan menghentikan penjualan alas kaki itu berkuat kuasa serta merta.

"Pihak kami meminta maaf kepada semua pelanggan dan ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah berniat untuk menghina mana-mana agama dan kepercayaan," kenyataan itu menyebut.

Mereka juga berharap semua pihak dapat bersabar dan memberi masa untuk siasatan dijalankan.

Alas Kaki Mengandungi Cebisan Al-Qur'an Di Indonesia

Sebelum kejadian di Malaysia, pengguna internet di Indonesia digemparkan dengan penemuan ayat-ayat al-Qur'an di dalam alas kaki yang terkoyak, lapor portal The Reporter.

Kertas yang mengandung ayat-ayat suci itu ditemui oleh lelaki di Indonesia ketika isterinya sedang mencuci alas kaki berkenaan 27 November 2016 lepas.

Menurut portal itu lagi, yang memetik Republika, dua alas kaki itu dibeli dari sebuah kedai di pasar Prambanan, Yogyakarta.

Pada Februari 2016 lalu, lapor Sinar Harian, tindakan telah diambil terhadap pemilik sebuah kedai serbaneka dan pemborong yang menjual ratusan alas kaki mengandungi ayat al-Quran.

Dua premis perniagaan itu beroperasi di Taman Teratai dan Johor Jaya, di Johor Baru.

Tindakan Tegas Kepada Pengilang

Menghina Al-Qur'an

Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dilaporkan telah membuka kertas siasatan selepas menerima aduan rasmi daripada pengguna.

JHEAT dilaporkan akan mengadakan operasi dan mengambil tindakan ke atas pihak terbabit.

Pengeluar dan penjual alas kaki tersebut boleh dikenakan hukuman menurut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu.

Jika sabit kesalahan, pihak terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 dan tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

BACA INI JUGA: Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?

Sumber: AA | TMM