“Dengar cerita, kau nak kahwin. Betul ke?” soal seorang lelaki berusia 40-an kepada pemuda itu.
“A’ah pakcik, tengah cuba adjust tapi belum dapat lagi,” jawabnya.
“Aku nak nasihatkan kau beberapa perkara. Kau ingat apa yang aku nak cakap ini,” katanya sambil menghirup kopi panasnya.
“Okay kejap, nak tulis,” lalu dikeluarkan segala pen dan kertas.
“Di waktu kau tengah bujang ini, kau rasa tak ada perempuan nak pada kau. Yang kau nak, semuanya sudah berpunya,” sesekali berpaling ke arah pasangan yang sedang menikmati sarapan pagi mereka di gerai yang sama.
“A’ah, betul bang. Semuanya dah kena kebas lebih awal. Yang single pula asyik reject saya saja,” keluh pemuda itu.
“Tetapi bila kau dah berkahwin nanti, kau akan dapat lihat rupa-rupanya ramai lagi perempuan yang masih bujang dan kau akan terfikir kenapalah tak jumpa mereka lebih awal. Itu semua ujian dalam rumahtangga. Kau akan nampak ramai gadis putih melepak, ramai janda cun melecun dan kau akan nampak isteri kau selekeh di rumah,” jelasnya.
“Err…? Kenapa jadi camtu bang?” soal pemuda itu lagi.
“Sebab gadis-gadis dan janda-janda itu kuat bersolek. Mereka sanggup habiskan duit agar nampak cantik. Isteri di rumah pula, bermacam-macam kerja yang dia buat. Dia basuh boxer kau, cuci lantai, memasak, siram pokok bunga, basuh berak anak bagai. Mana tak selekeh jadinya?
“Kau pula kedekut nak belikan alat solek untuk dia. Padahal sebelum dia kahwin dengan kau, dia ratu kebaya di kampung,” katanya.
“Jadi, apa yang saya perlu buat agar saya mampu menhadapi ujian-ujian ini?” soal pemuda itu.
“Tundukkan pandangan. Segalanya bermula dari mata. Dari mata, turun ke nafsu. Kalau kau boleh mengawal mata kau, nafsu kau, inshaAllah rumahtangga kau akan selamat,” nasihatnya pakcik yang sudah punyai pengalaman itu.
“Terima kasih pakcik,” angguk si pemuda faham benar dengan maksudnya.
“Aku cakap dengan kau ni bukan apa. Aku tak nak apa yang berlaku pada aku, berlaku pula pada kau,” teringat kembali kisah silam.
“Apa yang berlaku?” dia perbetulkan kedudukannya, menanti si tua itu membuka kisah yang mungkin menarik di halwa telinganya.
“Akhirnya aku ceraikan isteri aku dan kahwin dengan perempuan cantik itu. Selepas dapat anak dengan isteri baru ini, aku lihat dia semakin selekeh. Tak seperti mula-mula berkahwin dulu. Langsung tak sama seperti gambar dirinya yang dimuat naik di laman Instagram,” terbit rasa kesal di wajahnya.
“Bekas isteri pakcik macam mana?” soal pemuda itu.
“Selepas dia menjadi janda, dia bersolek sakan. Banyak kali aku terserempak dengan dia. Lawa bukan main, menyesal pula aku menceraikan dia dahulu,” perit hati bila terkenang kisah lalu.
“Kenapa pakcik tak rujuk balik dengan dia?” soalnya lagi.
“Dia dah kahwin lain. Lelaki dia yang baru pandai menjaga dia. Setiap tiga bulan bawa keluar masturat. Setiap minggu bawa pergi taklim. Rumah mereka hidup dengan amalan yang soleh,” katanya. – NaurahIslamiah | The Reporter
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih