Sebelum Ini Viral Satu Klip video pelawak Lan Pet Pet Memarahi Anggota MPSJ dan Dia Mendakwa Tidak Menyalahi Undang Lalu Lintas Tapi Hukuman Tetap Dikenakkan Inilah Hukuman Yang Dijatuhkkan Terhadap Mazlan Ahmad Atau Lebih Dikenali Pelawak Lan Pet Pet

3.jpg

KUALA LUMPUR Pelawak terkenal, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet tetap dikenakan kompaun selepas didapati bersalah meletakkan kenderaannya sehingga mengganggu lalu lintas.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Muhammad Azli Miswan berkata, dakwaan Lan yang mengatakan anggota penguatkuasa telah mengunci tayar keretanya tidak mengikut prosedur adalah tidak benar.

Dalam video yang tersebar meluas itu, Lan mengatakan isterinya berada di dalam kenderaan tersebut sementara menunggunya menyelesaikan urusan di premis berhampiran.

Bagaimanapun hakikatnya, ketika mahu mengunci tayar keretanya, penguatkuasa MPSJ mendapati kenderaan tersebut kosong, tiada pemandu atau penumpang, katanya mempertahankan tindakan anggota MPSJ.

Terdahulu, satu klip video yang memperlihatkan pelawak itu memarahi anggota penguatkuasa MPSJ tersebar semalam dan dia mendakwa tidak menyalahi undang-undang lalu lintas.

Menurut Muhammad Azli, Lan bagaimanapun akur dan membayar kompaun yang telah ditetapkan di kaunter MPSJ serta meminta maaf atas perbuatannya. UTUSAN

Sumber: kekitamedianetwork

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih