SAINTIS NASA MENGBONGKAR TEMUI SESEORANG DI PLANET JUPITER,,APAKAH BENAR NABI ISA BERAPA DI PLANET ITY..SEORANG SAINTIS KEBINGGUNGAN DENGAN PENEMUAN INI
Benarkah Nabi Isa Berada Di Planet Jupiter?
Senja sedang berlabuh, petang Jumaat itu, Nabi Isa a.s. sedang asyik menjamu 12 orang pengikutnya dari kaumHawiriyindalam sebuah rumah di Baitulmuqaddis.
Selesai makan, Nabi Isa a.s. membasuh tangan tetamunya seorang demi seorang, kemudian baginda mengesat dengan baju yang dipakainya.
Semua pengikutnya berasa amat hairan, mengapa baginda melayan mereka sampai begitu sekali?
Diluar, pemuda-pemuda Yahudi diketuai Jalut sedang mengepung rumah tersebut. Mereka mendapat tahu Nabi Isa a.s. berada di dalam rumah itu setelah rahsia tersebut dibocorkan oleh seorang pengikut baginda, Yudar Iskariot.
Nabi Isa a.s. berkata, “Sesungguhnya diantara kamu terdapat orang kafir dua belas kali sesudah dia beriman kepadaku.
“Siapakah antara kamu yang sedia dan sanggup diberikan persamaanku (diserupakan denganku) lalu dibunuh kerana menggantikan tempatku?
“Jika sanggup, orang ini kelak akan bersama-samaku dalam darjatku.”
Berdirilah seorang lelaki paling muda diantara 12 orang pengikut Nabi Isa a.s. lantas menyahut cabaran itu.
“Kamu duduklah dulu.” kata Nabi Isa a.s.
Nabi Isa a.s. mengulangi lagi kata-katanya tetapi pemuda yang bernama Syamun itu tetap dengan pendiriannya.
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.”Surah Ali Imran, ayat 55.
Segunung awan bergumpalan datang menghampiri rumah tempat Nabi Isa a.s. bersembunyi.
Awan itu perlahan-lahan menuju ke tepi jendela yang terbuka. Ia meresap sehingga ke dalam rumah lalu baginda naik ke atas awan dan duduk seperti di atas bahtera.
Perlahan-lahan awan tersebut naik ke awangan dan Nabi Isa a.s. menjatuhkan serbannya kepada pengikut kanannya Syamun.
Kejadian itu disaksikan semua pengikutnya. Mereka melihat sendiri bagaimana Nabi Isa a.s. diterbangkan keluar dari rumah tersebut lalu diangkat ke langit.
Apabila golongan Yahudi yang ingkar itu merempuh masuk, mereka terus menangkap Syamun yang telah diserupakan Allah seperti wajah Nabi Isa a.s.
Ketua Yahudi menyangka itulah Nabi Isa a.s. sebenarnya lantas pemuda itu disalib dan diletakkan duri di kepalanya.
Mereka menghina pemuda tersebut dengan mencurahkan sampah sarap, najis dan kotoran ke atas kepala pemuda yang disangka Nabi Isa a.s.
Ada riwayat mengatakan lelaki yang disalib itu bernama Sargius tetapi dirahsiakan oleh orang Nasrani sebab dia beriman.
Sebahagian lagi orang Nasrani mengatakan lelaki yang disalib itu bernama Yudar Iskariot, pengikut Nabi Isa a.s. yang membelot dan membocorkan rahsia tempat persembunyian Nabi Isa a.s.
Ada riwayat lain pula menceritakan ketika Jalut, ketua Yahudi hendak menangkap Nabi Isa a.s., semua 12 orang pengikut baginda berubah sekelip mata menyerupai wajah Nabi Isa a.s. dan mereka tidak dapat mengenali mana satukah Nabi Isa a.s. yang sebenarnya.
“Kamu telah menyihir kami. Isa mesti menampakkan dirinya,” ugut ketua Yahudi itu.
Lalu Nabi Isa a.s. berkata, “Siapa diantara kamu yang bersedia menukarkan dirinya hari ini dengan syurga?”
Seorang lelaki keluar sambil berkata, “Saya Isa!” lalu ditangkap dan disalib pada kayu.
Saat itulah Nabi Isa a.s. diangkat ke langit ketika baginda berusia 34 tahun.
Sebilangan besar Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat, Nabi Isa a.s. diselamatkan oleh Allah daripada percubaan kaum Yahudi ketika hendak membunuh dan menyalib Nabi Isa a.s.
Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama sejak zaman sahabat lagi dan dituruti oleh tabiin.
Menurut ahli sunnah, pada suatu hari nanti sebelum terjadinya kiamat, Nabi Isa a.s. akan diturunkan ke bumi dan akan memegang teraju pemerintahan dan memerintah dunia dengan adil.
Nabi Isa a.s. membunuh Dajjal dan menghidupkan semula syariat Islam serta hukum-hakam yang diabaikan.
Antara hadis sahih yang membicarakan turunnya Nabi Isa a.s. pada akhir zaman ialah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.
Nabi SAW bersabda, “Demi Allah yang diriku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya hampir tiba waktu turunnya Isa bin Maryam sebagai pemerintah yang adil ke atas kamu. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan menghapuskan cukai kepala. Waktu itu kekayaan melimpah-ruah sehingga tiada seorang pun mahu menerima sedekah.”
Dari hadis ini dan beberapa hadis lain dengan tegas menyatakan, Nabi Isa a.s. akan turun ke bumi sebelum berlakunya kiamat.
Namun, dimanakah turunnya Nabi Isa a.s. nanti?
Sesetengah riwayat menyatakan Nabi Isa a.s. akan muncul diFajj al-Rauhaiaitu sebuah perkampungan yang terletak diantara Mekah dan Madinah.
Ketika muncul Nabi Isa a.s. terus memakai pakaian ihram lalu menunaikan umrah dan haji.
Ada pendapat lain mengatakan Nabi Isa a.s. akan muncul di Masjid Umayad di Syria dan ada yang mengatakan Nabi Isa a.s. akan muncul di Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis.
Setelah memerintah selama 40 tahun di dunia, Nabi Isa a.s. wafat lalu jasad baginda disembahyang dan dikebumikan.
Al-qur’an ada menyebut sebanyak tiga kali tentang Nabi Isa a.s. diangkat dan kewafatan baginda iaitu dalam Surah Ali-Imran: 55 diatas.
“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah An-Nisa: 157-158
“Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ‘ dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.”
Surah Al-Maidah: 117.
Bagi umat Islam, ayat-ayat ini jelas menyatakan Nabi Isa a.s. tidak mati dibunuh dan tidak disalib tetapi diangkat dan dimatikan.
Persoalannya, bagaimana Nabi Isa a.s. diangkat ke langit, dimatikan dan seterusnya diturunkan ke bumi semula kelak?
Pelbagai ulasan, tafsiran ulama terhadap perkataan ‘diangkat’ dan ‘wafat’ seperti mana disebut di dalam Al-Qur’an.
Ada yang menyatakan maksud ‘diangkat’ ialah mengangkat jasad dan rohnya ke langit.
Ada juga menyatakan maksud ‘angkat’ ialah mengangkat pangkat dan kedudukan martabat baginda.
Perkataan wafat juga diselisihkan. Ada yang mentafsir sebagai mati, tidur atau sempurna tempoh tinggal di bumi atau di langit. Dalam bahasa arab, semua makna ini boleh dipakai.
Pendapat yang mengatakan Nabi Isa a.s. diturunkan semula ke bumi berbangkit pada tafsiran ‘baginda diangkat ke langit dengan roh dan jasadnya.’
Penganut Kristian dan Islam percaya Nabi Isa a.s. belum wafat dan telah diangkat ke langit seperti mana firman Tuhan.
Tapi jangan terkejut, ada juga yang berpendapat frasa Nabi Isa a.s. diangkat ke ‘langit’ itu bermaksud planet.
Ini berdasarkan mimpi Nabi Yusuf melihat sebelas bulan (planet) mengelilingi matahari.
Ada tujuh planet yang letaknya diatas bumi iaitu Marikh, Jupiter, Saturanus, Uranus, Neptune, Pluto dan sebuah planet terakhir yang disebut Muntaha, langit ke tujuh tempat Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj.
Sekadar perkongsian, Planet Pluto bukan lagi dianggap sebagai sebuah planet dan artikel mengenainya boleh dibaca di sini,Akhirnya Planet Pluto Bukan Lagi Sebuah Planet!
Itulah yang dikatakan tujuh lapis langit bumi, manakala dua lagi planet berada di bawah bumi iaitu Venus dan Mercury, yang letaknya lebih hampir dengan matahari.
Ada yang berpendapat, Nabi Isa a.s. sekarang berada di planet Venus. Ada juga yang mengatakan berada di planet Jupiter. Mengapa Jupiter?
Ini kerana sesuai dengan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW yang bertemu dengan Nabi Isa a.s. dilangit kedua.
Mengikut susunan ‘langit’ (planet), Jupiter terletak dilangit kedua selepas planet Marikh. Itu hanya pendapat dan andaian sahaja.
Umat Kristian juga percaya, Nabi Isa a.s. akan turun semula ke bumi pada akhir zaman dan inilah juga yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pendapat ini adalah berdasarkan firman Allah, “Tidak ada seorang pun daripada ahli kitab kecuali beriman kepada (Isa) sebelum kematiannya.”
Ayat ini ditafsir sesetengah ulama sebagai merujuk kepada ‘sesudah turunnya Isa ke bumi di akhir zaman sebelum datangnya kiamat.
Namun, sebahagian ulama termasuk Syeikh Mahmud Syaltut berpendapat dalil-dalil yang menyebut Nabi Isa a.s. diangkat ke langit belum cukup kuat dari banyak sudut yang boleh dipertikaikan.
Juga tiada bukti yang menunjukkan Nabi Isa a.s. masih hidup dan akan turun semula ke bumi pada akhir zaman.
Ayat-ayat yang membicarakan kewafatan Nabi Isa a.s. dan kemudian turun ke bumi tidak lebih adalah janji-janji Allah tentang ‘menamatkan dajjal’, ‘mengangkat kedudukan serta martabat’ dan ‘menyelamatkan’ baginda daripada ancaman kaum Yahudi yang merancang untuk membunuhnya.
Ada juga pihak yang tidak percaya langsung dengan pendapat yang mula-mula tadi.
Bagi mereka, pandangan tersebut tidak logik. Mana mungkin Nabi Isa a.s. masih hidup sejak 2,000 tahun dahulu!
Kalau hendak diturunkan seorang nabi penyelamat dunia sekalipun, lebih baik diturunkan Nabi Muhammad SAW, penghulu segala Rasul dan para Nabi.
Pandangan itu, kata mereka, hanyalah rekaan golongan Yahudi demi menebus kesilapan mereka membunuh Nabi Isa a.s. bagi menunjukkan kononnya agama Yahudi yang diredhai Allah, bukan Islam.
Wallahu a’lam.
____________________________________________________________
Liability insuranceis an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services.
Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component.
Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods).
Workers compensationinsurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees.
When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties.
Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.
Sumber: bicaragosip
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih