Kereta hilang che ta niat beli kereta baru

4-Kereta-Hilang-Che-Ta-Niat-Beli-Kereta-

Masih tidak menemui kereta yang hilang baru-baru ini, Rozita Che Wan tidak menolak kemungkinan kereta jenis Toyota Velfire yang dicuri itu tidak akan dijumpai lagi. Pada masa yang sama, Che Ta juga redha dengan kejadian yang terjadi dan merancang untuk membeli kereta baru dari jenis yang sama juga walaupun masih belum berkesempatan untuk berbuat demikian.

BACA: Che Ta Bakal Raikan Hari Jadi Anak Di Santorini

Saya mengharapkan yang terbaik daripada polis. Dalam masa sama saya tidak mahu mendesak kerana bimbang mengganggu proses siasatan. Dari semasa ke semasa mereka sentiasa memaklumkan kepada saya sekiranya ada perkembangan terbaru mengenai kes itu. Begitu juga dengan saya yang turut membantu dalam memberikan maklumat tambahan kepada pihak polis.

Saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana kebanyakan kes kereta hilang memang susah nak jumpa balik. Apatah lagi jika jenayah itu membabitkan sindiket. Saya merancang untuk membeli kereta baru dari jenis sama tetapi belum berkesempatan berbuat sedemikian. Jadi, sekarang saya gunakan kereta sedia ada, katanya kepada Harian Metro berhubung perkara itu.

Terdahulu kecoh apabila Che Ta mengumumkan bahawa keretanya telah dicuri individu tidak dikenali pada 9 Ogos lalu di laman Instragram beliau. Berdasarkan pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV), kereta itu dilarikan dua suspek sebelum melanggar palang pondok pengawal pada jam 4.24 pagi. Kereta itu dilaporkan hilang di kawasan parkir rumahnya di Subang Jaya. (rkty/w)

Forum-Ads-PHL.jpg



SUMBER
Harian Metro

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih