INI SENARAI 10 GAJI TERTINGGI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA 2016PEMAIN YANG GAJI PALING TINGGI TU MEMANG BUAT KORANG TERKEJUT BESAR UNTUNGLAH

INI SENARAI 10 GAJI TERTINGGI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA 2016..PEMAIN YANG GAJI PALING TINGGI TU MEMANG BUAT KORANG TERKEJUT BESAR!! UNTUNGLAH…




GAJI.jpg

Siapa sangka, pemain bolasepak tempatan yang beraksi dalam liga tempatan kini mampu bergelar jutawan.

Kalau sebelum ini, kerap juga kita dengar mengenai gaji pemain bolasepak yang terlalu rendah.

Pada usia 30 tahun keatas, mereka mungkin akan menamatkan karier sebagai pemain bola. Dengan gaji yang rendah atau sedang-sedang sahaja, mereka mungkin tidak mampu untuk buat simpanan bagi menampung kehidupan mereka seterusnya.

Namun kini, isu pemain bolasepak yang dibayar gaji terlalu mahal pula menjadi masalah. Bukan dengkikan mereka kaya, namun ia menimbulkan pelbagai masalah kepada kelab atau persatuan yang tidak berkemampuan.

Benda ini isu lama dan tiada kaitan dengan mana-mana pasukan pun sebagai puncanya. Kalau sebelum ini ada pasukan yang mampu menawarkan gaji sehingga RM20,000, muncul pula pasukan yang menawarkan gaji yang lebih lumayan sehingga RM40,000 bagi mendapatkan pemain idaman mereka.

Dek kerana itu, terjadilah perlumbaan mengejar pemain bintang dengan tawaran gaji yang cukup mengujakan. Ia sudah tentu gagal diberi saingan oleh pasukan lain.

Pada musim Liga Malaysia 2016, kemungkinan akan diwujudkan had atau gaji siling untuk pemain bolasepak tempatan. Oh, mungkin agak mendukacitakan kepada pemain yang menerima gaji tinggi ketika ini. Pastinya akan berlaku penurunan gaji dan sebagainya.

Siapakah pemain bolasepak Malaysia yang menerima gaji tertinggi dalam Liga Malaysia 2015?

Berdasarkan sumber yang ammboi terima, ada 10 pemain yang dikhabarkan mereka gaji tertinggi. Dibawah ammboi senaraikan 10 gaji tertinggi pemain bolasepak Malaysia 2015:

SENARAI 10 GAJI TERTINGGI PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA 2015


1. Safee Sali RM120,000 Johor Darul Takzim




Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.


2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) RM100,000 Kelantan




Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek dikatakan panjaga gol yang dibayar gaji termahal dalam Liga Malaysia. Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang. Beberapa musim lepas, Apek dikhabarkan turut menerima tawaran lumayan dari sebuah pasukan dan akan meletakkannya sebagai pemain termahal namun Apek memilih untuk kekal bersama Kelantan.


3. Amri Yahyah RM85,000 Johor Darul Takzim





Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.


4. Norshahrul Idlan Talaha RM80,000 ATM (Kini bersama Terengganu)





Pemain kelahiran Besut ini merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Norshahrul kemudiannya berhijrah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini beliau nampaknya telah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu.


5. Indra Putra Mahyuddin RM75,000 Felda United





Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.


6. Baddrol Bakhtiar RM65,000 Kedah




Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan senior Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.


7. Safiq Rahim RM50,000 Johor Darul Takzim





Tidak dinafikan bahawa Safiq Rahim merupakan antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia (pemain tempatan). Sebelum ini Safiq beraksi dengan cukup cemerlang bersama Selangor dan pasukan kebangsaan. Menerima tawaran yang cukup lumayan dari JDT sudah tentu sukar untuk dilepaskan.


8. Badhri Radzi (Piya) RM50,000 Kelantan





Nama Piya tidak asing lagi dikalangan peminat pasukan Kelantan dan juga dalam Liga Malaysia. Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim. Piya juga pernah menerima tawaran lumayan dari beberapa pasukan. Namun mungkin kerana kesetiaan kepada pasukan negeri Piya memilih untuk kekal. Lagipun gaji yang Piya terima di Kelantan juga adalah antara yang tertinggi. Begitupun prestasi Piya nampaknya sedikit merudum dan mungkin memerlukan masa untuk beliau kembali ke prestasi terbaiknya.


9. Aidil Zafuan RM50,000 Johor Darul Takzim




Beliau antara tonggak pertahanan terbaik yang ada di Malaysia. Pemain yang cukup kental dan sukar untuk dilepasi, Aidil bersama kembarnya Zaquan menerima tawaran lumayan untuk berhijrah ke Johor Darul Takzim dari pasukan Negeri Sembilan. Mungkin menerima saingan yang cukup sengit daripada beberapa muka baru selain mengalami kecederaan, Aidil nampaknya kurang beraksi dan gagal mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama. Berkenaan gaji Aidil, ia didedahkan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini dalam usaha menuntut nafkah untuk dua anak mereka.


10. Norfarhan RM40,000 Kelantan





Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan memilih untuk kembali bersama pasukan Kelantan pada musim 2015. Sebelum itu, beliau telah berhijrah pulang ke pasukan asalnya Terengganu. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan. Bagaimanapun beliau perlu buktikan kemampuan sebenarnya kerana ketika ini beliau masih belum mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan juga.

(Sila ambil perhatian jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain berkenaan, dan berkemungkinan termasuk tajaan dan pengiklanan dan bukan jumlah sebenar)




____________________________________________________________

Liability insuranceis an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services.

Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component.

Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods).

Workers compensationinsurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees.

When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties.

Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.



Sumber: bicaragosip

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih