Whatsapp Kongsi Data Peribadi Bersama Facebook Dan Ini Cara Menghalangnya

Whatsapp+Facebook [2]

Tidak cukup dengan perubahan, Whatsapp secara tidak langsung telah memungkir janjinya kepada pelanggan apabila menjanjikan untuk menjagaprivacypengguna daripada sebarang tujuan pengiklanan.

Dalam pada itu, terdapat penyelesaian buat anda yang tidak berminat dengan polisi terbaru Whatsapp.

Diharap anda yang tidak berminat untuk berkongsi data peribada whatsapp anda bersama Facebook dapat lakukan langkah-langkah yang dinyatakan dengan segera berikutan Whatsapp telah menetap tarikh tetap buat anda yang tidak bersetuju polisi terbaru mereka.

Berikut merupakan langkah-langkahnya:

1. Apabila anda menerima arahan untuk accept polisi terbaru Whatsapp, tekan pada Read more di bahagian bawah.

Apps+Polisi

2. Pilih untuk menututup tatapan seperti yang dibawah.

Apps+Polisi [2]

Jika anda terlepas mesej awal daripada Whatsapp, jangan risau. Anda masih mempunyai peluang untuk tidak bersetuju dengan polisi ini.

Caranya sangat mudah, pilihSettings > Account > Share my account infoseterusnyauntickbahagianshare my account info.

Apps+Polisi [3]

Selesai.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Perkongsian Data Whatsapp Bersama Facebook

Whatsapp+Facebook

Whatsapp sebelum ini telah mengumumkan sebuah perubahan besar di dalam polisi syarikat mereka iaitu perkongsian data bersama Syarikat Facebook.

Untuk pengetahuan anda, perkongsian data yang dimaksudkan adalah nombor telefon anda, gambar profile, status online, status anda serta last seen anda. Agak creepy bukan?

Dikatakan perkongsian ini sangat penting bagi membolehkan Whatsapp menambah baik servis mereka serta amat diperlukan sempena fungsi terbaru mereka yang bakal diumumkan kelak.

Soal apa yang akan terjadi dengan aplikasi Messenger apabila Whatsapp memulakan perkongsian bersama Facebook mungkin tidak menjadi masalah.

Kami jangkakan pihak Facebook pasti sudah bersedia dengan backup plan mengenai masalah ini.

Mengenai privasi anda, secara tidak langsung Facebook dan Whatsapp bakal memperoleh lebih banyak data daripada permesejan dan detail-detail yang dikongsikan di Facebook.

Pihak whatsapp juga mengumumkan encrypted message tidak akan dikongsikan dan akan kekal tersimpan.

Adakah wajar untuk mengatakan penggunaan kedua-dua aplikasi ini sangat selamat? Tidak juga.

Namun tidaklah memudaratkan jika anda gunakan sebaiknya.

Anda masih boleh menggunanya secara positif serta menghantar emoji-emoji comel kepada rakan anda.

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih