Kedai Kopi Caj Pelanggan Biadap Dengan Harga Mahal dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sebut Tolong dan Terima Kasih

marisel.jpg

Sepanyol, 4 Sep– Sebuah kedai kopi di sini memutuskan untuk mengenakan caj yang lebih mahal kepada pelanggannya yang disifatkan biadap apabila membeli di kedai kopi tersebut.

Pemilik Restoran Blau Grifeu di Llanca mengambil keputusan itu apabila dia merasakan orang ramai kini bersifat tergesa-gesa sehingga lupa untuk bersopan santun.

Ideanya sangat mudah – jika pelanggan bersopan santun dan menyenangkan staf ketika membuat pesanan, harga kopi hanya akan dicaj sebanyak2.52 (RM 13.70).

Sebaliknya, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak4.20 (RM 22.80).

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat diskaun bonus jika menggunakan perkataan ‘tolong’, ‘terima kasih’ atau mengucap ‘buenos dias’ (selamat pagi) kepada pelayan dimana harga kopi akan diturunkan kepada1.09 (RM6.00).

Pemilik kedai itu, Marisel Valencia Madris percaya tindakannya itu telah membuat satu perubahan besar di kedainya.

Orang ramai kini sangat tergesa-gesa dan selalu lupa untuk menyebut ‘tolong’ apabila mereka meminta sesuatu

Saya letakkan tanda sistem harga baru itu di tingkap dan banyak perubahan yang berlaku. Orang ramai kini lebih bersopan santun dan ini telah menjadikan kehidupan sehari-hari lebih baik“, katanya.

blau.jpg
Harga di kedai tersebut yang diletakkan dalam euro


Marisel, yang berasal dari Kolumbia berkata, orang-orang di sana lebih sopan apabila berhadapan dengan pelayan dan juruwang.

Wanita berusia 41 tahun itu juga berkata tindakannya itu terinspirasi dari sebuah restoran di Perancis, yang menawarkan diskaun berdasarkan kesopanan pelanggan.

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih