Pasangan Dari Britain Jadi Jutawan Jual Hand Sanitizer!

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah peribahasa yang menggambarkan tuah yang menimpa pasangan dari Britain ini selepas perniagaan menjual hand sanitizer yang baru dimulakan telah menjana pendapatan sekurang-kurangnya £30 juta (RM160 juta).

Andrew dan Rachel Montague

Andrew dan Rachel Montague adalah pasangan suami isteri yang juga pengasas kepada syarikat ClearWater Hygiene yang baru ditubuhkan pada bulan Mac yang lalu dan sejak itu, mereka telah berjaya mendapat tempahan dari beberapa syarikat besar.

Dihasilkan di Deeside Gin Distillery di Banchory, Aberdeenshire dan dibotolkan di Preston, Lancashire, dengan 80 peratus merangkumi ethanol liquid, produk keluaran mereka telah dikelaskan setaraf dengan produk yang digunakan di hospital.

Antara kontrak yang telah berjaya diperolehi oleh ClearWater termasuk Pejabat POS, JD plc, 02 Retail, BP dan Aldi.

Malah, sebahagian daripada kontrak ini adalah perjanjian yang diikat selama bertahun-tahun.

Sejak dilancarkan pada bulan Mac 2020, firma tersebut telah bertanggungjawab mengeluarkan cairan sanitasi tangan sebanyak 900 ribu liter setiap minggu.

Mereka juga telah menggajikan 12 kakitangan sepenuh masa dan lapan kontraktor.

Andrew, yang merupakan pemaju harta tanah, mengatakan terdapat permintaan tinggi untuk produk sanitasi tangan di UK.

"Kami bangga dapat memberikan sokongan untuk perang melawan Covid-19," kata Andrew sambil mengatakan bahawa dia turut menyumbangkan beberapa produk keluaran syarikatnya kepada (NHS).

Katanya, permintaan pengguna untuk produk sanitasi terus meningkat.

"Kami telah meningkatkan kemampuan pengeluaran menjadi sekitar 900 ribu liter seminggu," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket