20 tentera India maut dalam pertempuran dengan askar China di sebuah kawasan sempadan yang dipertikaikan, dan puluhan lagi didakwa telah ditawan, sekali gus meningkatkan perbalahan selama dua minggu antara dua gergasi Asia di Himalaya barat.
Kementerian luar negeri China mengesahkan terdapat "konfrontasi fizikal yang ganas" di kawasan sempadan.
Namun, China tidak mendedahkan jumlah askarnya yang terkorban bagaimanapun, Kementerian Luar India berkata, askar kedua-dua pihak telah terkorban.
Sumber pemerintah India mengatakan pasukan itu bertempur dengan menggunakan batang besi serta batu dan tidak ada tembak menembak.
Kematian tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak pertembungan besar sempadan terakhir pada tahun 1967 antara jiran bersenjata nuklear itu, juga dua negara paling ramai penduduk di dunia.
China dan India telah membuat tuduhan mengenai siapa yang harus dipersalahkan dalam pertempuran yang berlaku di padang pasir salju di Ladakh, yang terjadi setelah para komandan tentera mengadakan pertemuan untuk menyelesaikan keadaan.
Sejak awal Mei 2020 lalu, ratusan tentera saling berhadapan di tiga lokasi, masing-masing saling menuduh menuduh pihak lain menceroboh.
Pada malam Isnin, sekumpulan tentera datang dan melakukan letupan di Lembah Galwan, kata tentera India dalam satu kenyataan, sambil menambah pada masa ini kedua-dua pihak mahu melepaskan diri.
Kedua-dua pihak telah membincangkan untuk menamatkan pertikaian tetapi pada suatu peringkat, sumber pemerintah India mengatakan, tentera China telah menyerang sekumpulan tentera India termasuk seorang pegawai.
Tentera China menyerang dengan tongkat besi, sehingga komandan itu cedera parah dan ketika itulah tentera India menyerbu dan menyerang dengan batu.
Menurut sumber tentera, pasukan keselamatan terbabit saling melayangkan tumbukan dan membaling batu manakala tentera China menyerang dengan batang kayu berpaku ketika pertempuran yang berlarutan selama lebih enam jam.
Terdahulu, India memaklumkan tiga anggota mereka terkorban dan seramai 17 lagi yang cedera parah dan terdedah kepada suhu di bawah sifar maut beberapa jam kemudian.
Keangkuhan
Sementara itu, Beijing mendakwa tentera India telah membuat tindakan provokasi dengan melintasi sempadan sebanyak dua kali dan turut menyerang anggota keselamatan mereka hingga menyebabkan kecederaan fizikal yang serius.
Tetapi, jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivasta berkata, pertempuran itu berlaku susulan cubaan China untuk mengubah status quo di sempadan itu secara unilateral.
Perdana Menteri India, Narendra Modi menyatakan pengorbanan 20 anggota tentera India yang maut di sempadan tidak akan menjadi sia-sia.
"Pada kami, perpaduan dan integriti negara adalah paling penting. India mahukan keamanan, namun akan bertindak balas jika berdepan provokasi," tegasnya.
Sementara itu, akhbar tabloid, Global Times di China menyelar sikap angkuh India menegaskan, "Beijing enggan menukar isu sempadan menjadi konfrontasi dengan New Delhi".
Penganalisis tentera dan politik pula berpendapat India-China tidak mahu menyemarakkan lagi konflik tersebut.
"Pemimpin kedua-dua negara tidak mahu perang tercetus, namun mereka enggan melepaskan tuntutan wilayah mereka," kata felo kanan di Carnegie Endowment for International Peace di Washington, Dr Ashley J Tellis.
Amerika Syarikat (AS) yang turut terlibat konflik dengan China berharap penyelesaian damai terhadap isu itu dan akan memantau perkembangan krisis itu.
PBB juga senada AS dan menggesa kedua-dua belah pihak bertelagah supaya mengambil langkah meredakan ketegangan tersebut.
'Garis Kawalan Sebenar'
Bulan Mei 2020 lalu, tentera China berhadapan dengan tentera India di beberapa sempadan terpencil di banjaran Himalaya, sejauh lebih 1,000 kilometer.
Sejak itu, kedua-dua tentera negara itu mengerahkan ribuan anggota untuk mempertingkatkan kawalan di sepanjang sempadan yang juga dikenali sebagai 'Garis Kawalan Sebenar', lokasi tepat yang boleh dikaburi.
Penganalisis India berkata, China meningkatkan kekuatannya dengan trak, penggali, kapal pengangkut pasukan, artileri dan kenderaan perisai serta negara itu kini menduduki wilayah India.
Namun, pasukan tentera dari kedua-dua negara terbabit yang berkawal di bahagian atas dan bawah gunung mendapat perintah tegas untuk tidak menembak satu sama lain, menurut penganalisis keselamatan.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang mereka untuk membaling batu atau bertempur dengan senjata kasar atau bertumbuk.
Pegawai ketenteraan India mendakwa tentera mereka dibunuh oleh tentera China dengan cara membaling batu.
Menurut penganalisis dasar luar, China lebih tegas meningkatkan usaha untuk mempertahankan tuntutan wilayahnya termasuk di banjaran Himalaya.
Sebelum ini, China telah menenggelamkan sebuah kapal nelayan Vietnam di Laut China Selatan, menyerbu pelantar minyak luar pesisir Malaysia, mengancam Taiwan dan memperketatkan cengkaman mereka di wilayah semi-autonomi Hong Kong.
Pertembungan dengan India disifatkan sesuai dengan corak ketegasan China yang lebih luas, kata Pengarah Projek India di Institusi Brooking di Washington apabila mengatakan bahawa ia adalah cetusan keempat sejak pemimpin 'kuku besi' negara tembok besar itu, Xi Jinping, berkuasa pada akhir tahun 2012.
INFO:
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2 | 3

- India dan China tidak pernah bersetuju tentang sempadan 'Garis Kawalan Sebenar'. Kedua-dua belah pihak menggunakan cadangan garisan sempadan yang berbeza dihasilkan Britain kepada China pada abad ke-19 untuk menyokong tuntutan mereka.
- Pada tahun 1962, Perang China-India tercetus selepas Beijing membuat tuntutan ke atas wilayah pertikaian di Himalaya dan disusuli pertempuran berdarah pada 1967.
- Pada tahun 1975, empat tentera India maut dalam insiden serangan hendap di garisan pemisah di Arunachal Pradesh.
- Pada tahun 2017, konflik berlarutan selama 72 hari selepas pasukan tentera China mara ke dataran tinggi Doklam di sempadan China-India-Bhutan.
- Pada 9 Mei 2020, krisis baharu tercetus selepas beberapa tentera China dan India cedera selepas saling berbalas tumbukan dan membaling batu di Naku La di negeri Sikkim yang bersempadan Bhutan, Nepal dan China.
- Beijing mendakwa ia telah mencapai konsensus positif dengan India tentang usaha meredakan ketegangan di sempadan, namun tentera China didakwa tidak berganjak dari beberapa bahagian di Lembah Galwan dan utara tebing Tasik Pangong Tso selepas mereka dikerah ke kawasan itu.
- Hubungan China-India semakin tegang selepas New Delhi membatalkan status khas di negeri Jammu dan Kashmir pada Ogos 2019 yang turut mencetuskan konflik dengan Pakistan.
- Keputusan itu menyaksikan wilayah Ladakh yang sebahagiannya dituntut Beijing menjadi wilayah dibahagikan yang ditadbir India.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- 5 Pasukan Tentera Elit (Komando) Terbaik Dalam Sejarah Purba
- 15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia
sumber: 1 | 2 | 3