'Hukum Melakukan Lathi Challenge Adalah Haram Dan Berdosa' - Mufti WP

Trend penghasilan video mekap yang dikenali sebagai 'Lathi Challenge' menjadi viral memaparkan perubahan wajah dengan menggunakan mekap yang menyeramkan juga telah mendapat perhatian beberapa orang agamawan.

Lathi-Challenge-Haram

Mereka telah bertindak menyuarakan pendapat di media sosial dan antara mereka yang lantang bersuara adalah Da'i Wan di mana dia mengatakan bahawa Lathi Challenge ini berasal daripada budaya jawa yang dilaporkan syirik dan khurafat.

Namun, kenyataannya sebelum ini telah pun dipadam selepas menerima kecaman dari netizen Indonesia dan Malaysia.

Dia juga dikecam oleh pemilik lagu Lathi, salah seorang anggota kumpulan Weird Genius, iaitu Reza Arap.

Terbaharu, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah tampil menjawab satu soalan yang bertanya, "Pandangan SS Mufti berkaitan Lathi Challenge yang tular di media sosial akhir-akhir ini. Mohon penjelasan dari SS Muft".

Dalam kenyataannya yang dimuat naik di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-521: HUKUM MELAKUKAN 'LATHI CHALLENGE', Dr Luqman telah memberi jawapan kepada soalan tadi dengan ringkas dan padat, khusus untuk umat Islam di Malaysia.

"Hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa. Hal ini kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran.

"Oleh itu, kami ingin menasihati orang ramai khususnya umat Islam agar tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) yang berbentuk pemujaan dan ritual seperti ini demi menjaga akidah kita," katanya dalam satu kenyataan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com