Covid-19 merupakan sejenis wabak yang baharu, jadi tidak menghairankan sepanjang beberapa bulan lalu dan tahun akan mendatang, pasti timbul banyak persoalan dan penjelasan tentang jangkitan ini dan sehingga tahun 2020, masih ada bekas pesakit SARS sejak 2003 merasai kesan jangkitan dan rawatan yang telah dilalui. Itu realiti jangkitan SARS yang berlaku hampir 20 tahun sebelumnya.
Artikel ini pula cuba membawakan kepada anda andaian serta penemuan berkaitan kesan yang berlaku kepada pesakit Covid-19, selepas mereka dibenarkan pulang ke rumah.
Adakah mereka boleh meneruskan hidup seperti biasa atau sebenarnya masih perlu berhadapan dengan bermacam dugaan yang akan menggugat jiwa?
Masalah pada sistem pernafasan
Pesakit Covid-19 khasnya mereka yang sembuh selepas melalui tahap kritikal jangkitan akan mengalami masalah pernafasan.
Ini merupakan hipotesis awal apabila dua kes pandemik SARS 2003 dan MERS yang berlaku beberapa tahun lalu, dijadikan sandaran.
SARS 2003 menunjukkan bukti bekas pesakit mampu pulih tetapi mengambil masa yang lama untuk mempunyai fungsi paru-paru seperti asal.
Bagi mereka yang terselamat dalam jangkitan MERS, kesan kerosakan pada mereka pula dilaporkan bersifat kekal.
Parut-parut yang wujud akibat jangkitan dalam paru-paru mereka dilaporkan tidak mampu pulih seperti asal.
Berdasarkan kepada dua insiden yang sudah berlaku, diramalkan kesan jangka panjang Covid-19 pada bekas pesakit tidak akan lari jauh.
Dalam laporan-laporan awal melibatkan kajian ke atas pesakit Covid-19 yang telah pulih di Hong Kong, penyelidik mendapati wujud penurunan keupayaan paru-paru pada pesakit apabila melakukan aktiviti yang memerlukan pernafasan pantas seperti senaman selepas dibenarkan pulang ke rumah.
Sesetengah pesakit mendapati mereka gagal melakukan perkara yang telah biasa mereka lakukan, mudah merasa penat serta tidak lagi mampu aktif seperti biasa.
Hasil kajian penyelidik mendapati dalam kumpulan pesakit yang disahkan bebas jangkitan, ada pesakit yang mengalami penurunan fungsi paru-paru sebanyak 20 ke 30%, menyebabkan masalah pernafasan yang mereka rasai.
Disebabkan oleh gangguan pada fungsi paru-paru yang membawa oksigen, selain masalah pernafasan, pesakit Covid-19 yang mengalami jangkitan teruk atau kritikan juga akan mengalami masalah penurunan kadar metabolisme mereka berbanding biasa dalam jangka masa panjang.
Saluran darah dan jantung tersumbat
Kajian-kajian awal yang berjaya menunjukkan wujudnya hubungan di antara Covid-19 dan serangan pada jantung juga mula dilaporkan.
Salah satu laporan terawal yang menunjukkan wujud hubungan jangkitan virus dan kerosakan pada organ penting itu diterbitkan pada 28 Mac 2020, apabila rekod-rekod jangkitan awal mendapati berlakunya serangan jantung disebabkan jangkitan virus pada pesakit.
Bagaimanapun, pendapat ini belum dapat ditentukan lagi kerana masih lagi dalam kajian, namun statistik yang berjaya dianalisis melibatkan 416 bekas pesakit di Wuhan menyokong teori ini.
Lebih 20% daripada keseluruhan pesakit yang dirawat di pusat rawatan khas Covid-19 di Wuhan, didapati mempunyai kecederaan pada bahagian jantung.
Kadar kecederaan jantung yang tinggi didapati berlaku dengan kekerapan lebih tinggi apabila melibatkan pesakit yang lebih tua.
Serangan yang dikategorikan sebagai kadar kecederaan myocardial atau 'myocardial injury' akibat kelemahan pengepaman saluran darah kepada jantung, boleh berlaku sama ada dengan penampakan simptom seperti rasa semput pada dada pesakit dan ada juga pesakit yang langsung tidak menampakkan simptom berlakunya kerosakan pada jantung.
Pakar perubatan perlu menjalankan beberapa ujian berbeza sebelum dapat membezakan dan mengenalpasti adakah pesakit sedang mengalami serangan jantung atau sedang mengalami masalah pernafasan akibat jangkitan pada paru-paru.
Seandainya diagnosis pesakit gagal mengesan punca sebenar masalah yang sedang berlaku, seperti kegagalan organ jantung misalnya, peluang pesakit untuk sembuh akan menurun mendadak.
Apa yang kita tahu setakat ini?
Kita mungkin perlu menunggu beberapa bulan lagi untuk lebih mengetahui kesan jangka panjang jangkitan Covid-19 pada pesakit.
Gambaran awal jelas menunjukkan, sekiranya kita bergantung dengan kajian lalu terhadap SARS 2003 dan MERS dalam memahami risiko Covid-19, besar kemungkinan akan berlaku banyak kes-kes terlepas pandang melibatkan diagnosis pesakit serta kaedah yang betul dalam membantu pemulihan pesakit yang telah sembuh.
Jadi, persoalan utamanya, apa yang sudah kita tahu tentang kesan kerosakan jangka panjang yang akan berlaku pada pesakit Covid-19?
Jika kajian-kajian yang dijalankan di China dijadikan kayu ukuran, 80% kes jangkitan Covid-19 dikategorikan bersifat ringan, tidak akan memberikan kesan buruk jangka masa panjang pada pesakit.
Mereka yang dijangkiti teruk (severely infected) tetapi tidak memerlukan bantuan ventilator juga dipercayai mampu pulih seperti biasa, namun terpaksa berhadapan beberapa kesan kerosakan yang tidak berbahaya dan dipercayai mampu pulih dalam setahun atau dua tahun.
Bagi kumpulan selebihnya sekitar 16 ke 20% peratus, mereka mewakili kumpulan pesakit yang pernah mengalami jangkitan kritikal serta memerlukan bantuan mesin pernafasan.
Kumpulan inilah yang sangat sukar diramal apa hala tuju tahap kesihatan mereka, serta berkemungkinan besar terpaksa berdepan dengan tahap kesihatan yang jauh menurun.
Pesakit tahap kritikal berisiko mengalami kerosakan organ kekal
Pesakit yang perlu dibantu dengan mesin semasa rawatan, diramal akan mengalami sindrom yang diistilahkan sebagai ARDS atau 'acute respiratory distress syndrome', di mana cecair yang masih berkumpul dalam paru-paru mereka akan menyebabkan masalah pernafasan dalam tempoh panjang.
Bagi kumpulan pesakit yang memerlukan bantuan mesin 'extracorporeal membrane oxygenation' (ECMO), bagi menggantikan fungsi paru-paru dan jantung semasa rawatan, dikhuatiri kaedah rawatan itu sendiri mampu menyebabkan kerosakan bersifat kekal terjadi pada paru-paru mereka.
Nyatalah di sini pada peringkat permulaan penyebaran wabak Covid-19, pakar-pakar perubatan di seluruh dunia menjangkakan risiko terbesar serangan Covid-19 yang bersifat kritikal adalah jangkitan ke atas sistem pernafasan seseorang individu, menyukarkan pesakit untuk bernafas.
Namun hari demi hari, semakin banyak kes jangkitan Covid-19 yang berlaku tetapi menampakkan simptom-simptom sebaliknya, seperti gangguan pada jantung, otak dan sistem imuniti seseorang.
Atas sebab itulah, semakin banyak yang kita faham, semakin kerap kita menggaru kepala.
Penjelasan ringkas pakar kardiologi dari Yale University bernama Dr. Harlan Krumholtz yang melaporkan penemuan jangkitan dengan serangan jantung dan kini antara individu yang paling lantang meminta agar pemahaman kita tentang Covid-19 diubah, menjelaskan segala-galanya dengan mudah;
"Covid-19 bukanlah hanya serangan ke atas sistem pernafasan. Kesannya juga berlaku pada jantung, hati, buah pinggang, sistem endokrin dan saluran darah."
Seandainya Covid-19 mampu menyerang jantung, limpa, buah pinggang, sistem endokrin dan saluran darah seseorang; nampak seakan masih banyak yang kita belum tahu.
Jelas sekali, penerokaan pemahaman kita terhadap ancaman wabak Covid-19 memerlukan kita bermula daripada kosong, tanpa boleh lagi berharap kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: iluminasi

- Fakta Cara Penyebaran Virus Covid-19 Dan Rawatannya Yang Anda Wajib Tahu
- Pesakit Covid-19 Sembuh Dalam Tempoh 3 Hari Kerana Sistem Imun Tubuh Yang Kuat!
sumber: iluminasi