Bantuan Prihatin Nasional adalah pemberian wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada pelbagai golongan di Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban pendapatan rakyat yang terjejas akibat penularan Covid-19.
Jadi, bagi anda yang belum memahami sepenuhnya untuk siapa Bantuan Prihatin Nasional ini diberikan, berikut kami kongsikan penjelasannya.
Apakah Itu Bantuan Prihatin Nasional?
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH).
Manakala bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Siapa Yang Layak Menerima BPN B40 & M40?
Kategori yang layak menerima BPN adalah seperti berikut:
1. Isi Rumah:
2. Bujang:
Kategori yang layak menerima BPN M40 adalah pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDN yang berstatus seperti berikut:
1. Isi Rumah:
2. Bujang:
3. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Berapakah bayaran BPN yang akan diterima bagi golongan B40 dan M40?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:
Isi Rumah berpendapatan RM0 – RM4,000:
Isu rumah berpendapatan RM4,001 – RM8,000:
Bujang berpendapatan RM0 – RM2,000:
Bujang berpendapatan RM2,001 – RM4,000:
Bilakah tarikh pembayaran BPN B40 & M40 boleh dibuat?
Tarikh pembayaran akan dibuat pada April dan Mei 2020
Bagaimanakah kaedah bayaran BPN B40 dan M40 ini dilaksanakan?
Kaedah bayaran BPN B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:
Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi BPN B40:
Bagi BPN M40:
Bila dan bagaimana semakan status penerimaan BPN B40 dan M40 boleh dibuat?
Penerima yang layak menerima boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.
Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN B40 dan M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan BPN?
Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.
Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan BPN akan dilakukan?
Sekiranya permohonan baharu diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekali gus.
Jika pemohon bujang berstatus pelajar sepenuh masa, adakah layak menerima BPN B40 dan M40?
Tidak. Pemohon bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima.
Adakah penerima BPN B40 dan M40 yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?
Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekali gus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.
Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?
Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

- Kahwin atau;
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan;
- Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
2. Bujang:
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan;
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas) dan;
- Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
Kategori yang layak menerima BPN M40 adalah pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDN yang berstatus seperti berikut:
1. Isi Rumah:
- Kahwin atau;
- Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian dan;
- Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
2. Bujang:
- Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian dan;
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas dan;
- Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
3. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Berapakah bayaran BPN yang akan diterima bagi golongan B40 dan M40?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:
Isi Rumah berpendapatan RM0 – RM4,000:
- Bayaran pertama RM1,000 (April).
- Bayaran kedua RM600 (Mei).
Isu rumah berpendapatan RM4,001 – RM8,000:
- Bayaran pertama RM500 (April).
- Bayaran kedua RM500 (Mei).
Bujang berpendapatan RM0 – RM2,000:
- Bayaran pertama RM500 (April).
- Bayaran kedua RM300 (Mei).
Bujang berpendapatan RM2,001 – RM4,000:
- Bayaran pertama RM250 (April).
- Bayaran kedua RM250 (Mei).
Bilakah tarikh pembayaran BPN B40 & M40 boleh dibuat?
Tarikh pembayaran akan dibuat pada April dan Mei 2020
Bagaimanakah kaedah bayaran BPN B40 dan M40 ini dilaksanakan?
Kaedah bayaran BPN B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
- Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun atau;
- Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
- Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:
- Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
- Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
- Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Bagaimana jika akaun bank yang didaftarkan adalah tidak aktif atau tutup?
Bagi BPN B40:
- Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional.
Bagi BPN M40:
- Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini ( > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.
Bila dan bagaimana semakan status penerimaan BPN B40 dan M40 boleh dibuat?
Penerima yang layak menerima boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.
Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
- Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan dan;
- Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Bantuan Sara Hidup (BSH).
- Kementerian Kewangan Malaysia.
Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN B40 dan M40?
Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Bantuan Sara Hidup (BSH).
- Kementerian Kewangan Malaysia.
Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan rayuan BPN?
Selain daripada mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan.
Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan BPN akan dilakukan?
Sekiranya permohonan baharu diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekali gus.
Jika pemohon bujang berstatus pelajar sepenuh masa, adakah layak menerima BPN B40 dan M40?
Tidak. Pemohon bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima.
Adakah penerima BPN B40 dan M40 yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran pada April 2020?
Tidak. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 bagi penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak akan dibuat secara sekali gus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020.
Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan?
Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Cara Daftar Bantuan Prihatin Nasional
- Ketahui 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tapi Ramai Tak Tahu
-Sentiasapanas.com