Syifa Melvin Nafi Punca 'Prestasi' Safawi Rasid Atas Padang Merudum!

Pelakon cantik, Syifa Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengambil kesempatan terhadap kekasihnya yang juga bintang muda skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid.

Syifa Melvin dan Safawi Rasid

Syifa menegaskan dia berkerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang daripada Safawi.

"Saya bersusah payah cari duit sendiri, tidur tak cukup apatah lagi rehat, hanya untuk membiayai dan menampung perbelanjaan diri sendiri.

"Tak pernah sekali pun minta duit 'dia' (Safawi) untuk sara hidup. Dia pun kenal Syifa macam mana," tulis Syifa di Instagram.

Syifa tampil menjelaskan perkara itu selepas pemilik skuad JDT, menegur prestasi Safawi yang semakin merudum kerana didakwa berpunca daripada isu peribadi dengan kekasih.

Menerusi Instastory, TMJ berkata kemerosotan prestasi mendadak Safawi disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak mahu berkahwin pada tahun 2020 ini.

Walaupun tidak menyebut siapakah wanita itu, umum mengetahui bintang bola sepak muda itu sedang bercinta dengan seorang pelakon.

Penjelasan Syifa dan Safawi

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut menjelaskan dia tidak pernah memaksa Safawi untuk berkahwin seperti yang didakwa.

"Berkenaan paksa kahwin, demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu.

"Dia tak perform atas padang tak ada kena mengena dengan soal peribadi, sekali pun saya tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.

"Tak tahu pula boleh jadi besar macam ini. Terima kasih kepada yang komen maki, hina atau puji.

"Saya doakan anda semua jangan melatah dengan apa yang anda baca (kerana) yang mengalami dan rasai hanya kami berdua," katanya.

Syifa-TMJ-Safawi

Menerusi Instagram, Safawi ada memuat naik status memohon maaf atas prestasinya yang semakin merosot dan akan cuba melakukan yang terbaik dalam pelawanan seterusnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar