Rheumatoid Arthritis (RA) adalah penyakit radang sendi yang menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengira usia atau jantina, dimana pesakit Arthritis akan mengalami rasa ngilu dan kaku pada sendi, kerap mengalami bengkak pada sendi jari-jari tangan dan kaki, terutamanya pada sebelah pagi dan gerakan sendi menjadi terbatas.
Arthritis yang bermaksud "radang sendi" adalah sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan keadaan ini memberi kesan kepada sendi, tisu-tisu yang mengelilingi sendi dan tisu perantaraan yang lain.
Gejala penyakit Arthritis boleh berlaku secara spontan dan secara tiba-tiba, berpunca daripada radang membran synovial yang menyelaputi sendi dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita berusia antara 40-60 tahun.
Pesakit Arthritis yang tidak menerima rawatan optimum, berisiko mengalami komplikasi kerosakan sendi yang serius yang boleh mengakibatkan ketidakupayaan fizikal sehingga memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Penyakit Arthritis akan menjejaskan kualiti kehidupan dan keupayaan bekerja.
Punca Arthritis
Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi.
Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah:
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah:
Osteoarthritis (OA):
Rheumatoid Arthritis (RA):
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman:
Gout:
Tanda-Tanda Arthritis:
Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis:
Rawatan Arthritis
Penyakit Arthritis secara amnya dirawat dengan ubat DMARD (disease modifying anti-rheumatic drug), steroid dan NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs).
Ubat-ubat DMARD lama adalah methotrexate, sulfasalazine, hydroxychloroquine dan leflunomide.
Ubat steroid dan NSAID tidak elok digunakan untuk jangka masa yang panjang disebabkan mempunyai banyak kesan sampingan.
Steroid mengakibatkan kencing manis, osteoporosis dan darah tinggi. NSAID boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan radang perut.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa ubat termaju dan amat berkesan dalam merawat penyakit sendi digelar "advanced therapies", merujuk kepada ubat biologik (dalam bentuk suntikan) dan ubat penghalang janus kinase.
Ubat-ubat baru ini walaupun mahal, ia dapat mengawal radang sendi dengan efektif dan menghalang kerosakan dan kacacatan sendi.
Kini, terdapat banyak pilihan ubat "advanced therapies" untuk memenuhi keperluan pesakit yang berbeza antara satu sama lain. Penyakit Arthritis lebih mudah dirawat pada peringkat awal.
Langkah-langkah menjaga kesihatan sendi:
Perlindungan Sendi:
Penahan Sakit
Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang mengalami radang.
Ubat-ubatan boleh diberi untuk disapu atau dimakan:
Menangani Tekanan
Pembedahan
Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu jalan penyelesaian.
Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.
Pencegahan
Bagaimana ubat alternatif Arthritis selamat?
Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan alternatif. Ianya juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.
Masalah Pesakit Arthritis
Individu yang menghidap penyakit arthritis akan berdepan dengan pelbagai masalah dan antara masalah utama yang akan dihadapi pesakit adalah:
Masalah kesakitan yang berpanjangan
Penyakit arthritis akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang berpanjangan serta memerlukan rawatan yang berterusan.
Masalah tekanan emosi dan kemerosotan kualiti hidup
Kesakitan berpanjangan yang dialami pesakit akan menyebabkan tekanan emosi dan ianya bakal mengubah rutin kehidupan harian pesakit. Keadaan ini secara langsung akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan pesakit.
Masalah ekonomi
Kebanyakan pesakit arthritis terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesakitan yang dialami serta pesakit juga perlu menjalani rawatan yang berpanjangan.
Kos menjalani rawatan
Pesakit akan berhadapan dengan masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan. Antara kos yang terlibat seperti kos impaln, ubat-ubatan, pengangkutan untuk menjalani rawatan susulan, caj hospital, kos peralatan sokongan dan lain-lain lagi.
Sumber Bantuan Pesakit Arthritis
Sebagai usaha membantu pesakit, Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu mengetahui sumber-sumber bantuan yang ada di dalam komuniti dan antara sumber-sumber bantuan tersebut adalah:
Agensi Kerajaan:
Agensi Bukan Kerajaan:
Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Pesakit Arthritis:
Makanan Yang Sesuai Dimakan Pesakit Arthritis:
*Dilarang makan sayur terung, kentang, tomato dan lada.
Bersikap positif
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2

- Kerosakan Sendi.
- Jangkitan kuman.
- Penyakit yang diwarisi.
- atau sebab-sebab lain.
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah:
- Osteoarthritis (OA).
- Arthritis rheumatoid.
- Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
- Gout.
Osteoarthritis (OA):
- Jenis yang paling lazim dihidapi.
- Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan.
- Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua.
- Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan.
- Menjadi lebih sakit di penghujung hari.
Rheumatoid Arthritis (RA):
- Lebih kerap dihidapi kaum wanita.
- Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.
- Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi.
- Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi.
- Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman:
- Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman.
- Anda selalunya demam dan menggigil.
- Selalunya menyerang satu sendi sahaja.
Gout:
- Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi.
- Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur.
- Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki.
Tanda-Tanda Arthritis:
- Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah).
- Sendi bengkak.
- Kekejangan sendi.
- Susah untuk bergerak seperti biasa.
- Sakit apabila bergerak.
- Perubahan kepada sendi.
- Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut.
- Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut.
- Sakit bila sekeliling sendi ditekan.
Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis:
- Peningkatan usia.
- Badan terlalu gemuk: bagi penyakit osteoarthritis lutut.
- Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis: terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’.
- Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’).
- Kecederaan berat contoh bersukan.
- Mencangkung bagi osteoarthritis lutut.
- Pekerjaan: Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh dan Osteoarthritis punggung bagi peladang.
Rawatan Arthritis
- Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.
- Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.
Penyakit Arthritis secara amnya dirawat dengan ubat DMARD (disease modifying anti-rheumatic drug), steroid dan NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs).
Ubat-ubat DMARD lama adalah methotrexate, sulfasalazine, hydroxychloroquine dan leflunomide.
Ubat steroid dan NSAID tidak elok digunakan untuk jangka masa yang panjang disebabkan mempunyai banyak kesan sampingan.
Steroid mengakibatkan kencing manis, osteoporosis dan darah tinggi. NSAID boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan radang perut.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa ubat termaju dan amat berkesan dalam merawat penyakit sendi digelar "advanced therapies", merujuk kepada ubat biologik (dalam bentuk suntikan) dan ubat penghalang janus kinase.
Ubat-ubat baru ini walaupun mahal, ia dapat mengawal radang sendi dengan efektif dan menghalang kerosakan dan kacacatan sendi.
Kini, terdapat banyak pilihan ubat "advanced therapies" untuk memenuhi keperluan pesakit yang berbeza antara satu sama lain. Penyakit Arthritis lebih mudah dirawat pada peringkat awal.
Langkah-langkah menjaga kesihatan sendi:
- Penghidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut.
- Kurangkan berat badan.
- Senaman sendi.
- Menjalani program senaman yang membolehkan sendi bergerak dengan lebih lancar dan otot menjadi lebih kuat.
- Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.
Perlindungan Sendi:
- Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya.
- Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi.
- Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil.
- Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai.
- Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi.
- Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.
Penahan Sakit
Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang mengalami radang.
Ubat-ubatan boleh diberi untuk disapu atau dimakan:
- Ubat sapu contoh salicylate.
- Penahan sakit contoh paracetamol.
- Ubat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi penyakit arthritis rheumatoid dan osteoarthritis.
- Bagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakit.
- Bagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (’disease-modifying anti-rheumatic drugs) juga diberi awal untuk mengelakkan kecacatan.
Menangani Tekanan
- Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.
- Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.
- Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
- Seimbangkan rehat dan aktiviti.
Pembedahan
Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu jalan penyelesaian.
Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.
Pencegahan
- Kurangkan berat badan bagi mengurangkan tekanan pada sendi.
- Kerap bersenam kerana ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi.
- Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan.
- Makan makanan yang seimbang untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat.
- Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout.
- Pelihara sendi anda, kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul.
- Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.
Bagaimana ubat alternatif Arthritis selamat?
Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan alternatif. Ianya juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.
Masalah Pesakit Arthritis
Individu yang menghidap penyakit arthritis akan berdepan dengan pelbagai masalah dan antara masalah utama yang akan dihadapi pesakit adalah:
Masalah kesakitan yang berpanjangan
Penyakit arthritis akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang berpanjangan serta memerlukan rawatan yang berterusan.
Masalah tekanan emosi dan kemerosotan kualiti hidup
Kesakitan berpanjangan yang dialami pesakit akan menyebabkan tekanan emosi dan ianya bakal mengubah rutin kehidupan harian pesakit. Keadaan ini secara langsung akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan pesakit.
Masalah ekonomi
Kebanyakan pesakit arthritis terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesakitan yang dialami serta pesakit juga perlu menjalani rawatan yang berpanjangan.
Kos menjalani rawatan
Pesakit akan berhadapan dengan masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan. Antara kos yang terlibat seperti kos impaln, ubat-ubatan, pengangkutan untuk menjalani rawatan susulan, caj hospital, kos peralatan sokongan dan lain-lain lagi.
Sumber Bantuan Pesakit Arthritis
Sebagai usaha membantu pesakit, Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu mengetahui sumber-sumber bantuan yang ada di dalam komuniti dan antara sumber-sumber bantuan tersebut adalah:
Agensi Kerajaan:
- Tabung Bantuan Perubatan (TBP).
- Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Baitulmal.
- Pusat Zakat.
Agensi Bukan Kerajaan:
- Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM).
- Sukarelawan.
- Arthritis Foundation Malaysia.
- Sumber-sumber pemberi bantuan lain.
Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Pesakit Arthritis:
- Teh dan kopi yang kuat.
- Daging.
- Alkohol.
- Coklat.
- Garam.
Makanan Yang Sesuai Dimakan Pesakit Arthritis:
- Ikan.
- Minyak biji rami.
- Sayuran oren dan buah-buahan kaya dengan antioksidan.
- Almond.
- Kacang hitam.
*Dilarang makan sayur terung, kentang, tomato dan lada.
Bersikap positif
- Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.
- Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ianya boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko mendapat arthritis.
- Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.
- Menjadi ahli persatuan seperti Arthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia juga boleh membantu.
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2