Putera Harry Dan Meghan Markle Tinggalkan Keluarga Diraja!

Putera Harry dan Meghan Markle mahu mengundurkan diri untuk tidak lagi bersama keluarga Diraja dan memilih untuk hidup berdikari, yang diumumkan dalam satu kenyataan menerusi The Duke and Duchess di laman Instagram mereka.

Putera Harry, Meghan, Archie

Dalam kenyataan tersebut, pasangan itu mendedahkan mereka akan berpindah ke Amerika Utara tahun 2020 ini.

"Selepas berfikir panjang dan melakukan perbincangan selama berbulan, kami memilih untuk melakukan peralihan pada tahun ini bagi memulakan peranan baharu yang progresif dalam kehidupan kami.

"Kami berhasrat meninggalkan keluarga Diraja dan bekerja secara bebas sambil terus memberi sokongan penuh kepada Ratu Britain, Elizabeth II.

"Melalui sokongan Ratu, terutamanya sejak kebelakangan ini, kami sedia membuat perubahan.

"Kami kini merancang untuk membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara dan terus menghormati tugas kami kepada Ratu," katanya dalam satu kenyataan.

'MEGXIT'

Keputusan Putera Harry dan isterinya, Meghan 'meletakkan jawatan' sebagai keluarga diraja Britain menenggelamkan berita berkaitan krisis di Iran dan Brexit khususnya di kalangan media di Britain.

Tindakan berkenaan yang diberi jolokan sebagai ‘Megxit’ mendapat liputan meluas media di negara berkenaan dengan setiap akhbar menggunakan isu itu sebagai tajuk utama.

Media melaporkan Duke dan Duchess of Sussex itu tidak berunding terlebih dahulu dengan bapanya, Putera Charles dan Ratu Elizabeth II mengenai keputusan mereka itu.

Berita mengejutkan itu susulan pengakuan pasangan itu sebelum ini yang berdepan tekanan liputan media dan dakwaan hubungan dingin dengan Putera Charles.

Pasangan itu turut membincangkan mengenai masa depan anaknya, Archie dan rancangan mereka untuk membesarkannya dengan memberi penghargaan kepada tradisi Diraja.

"Keseimbangan geografi membolehkan kami membesarkan anak dengan menghargai tradisi Diraja kerana dia telah dilahirkan sebagai kerabat Diraja di samping memberi peluang kepada keluarga kami untuk memberi tumpuan kepada langkah seterusnya.

"Kami tidak sabar untuk berkongsi butiran penuh mengenai langkah seterusnya kerana kami akan terus bekerjasama dengan Yang Mulia Ratu, Putera Wales, The Duke of Cambridge dan semua pihak yang berkaitan. Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan," katanya.

Pasangan itu didakwa oleh masyarakat di United Kingdom lebih banyak membahagikan masa antara Kanada dan United Kingdom dan tidak lagi menggunakan gelaran Diraja (Her Royal Highness).

Selepas pengumuman mengejutkan itu dikeluarkan, Ratu Elizabeth II melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ratu Britain memberi amaran terhadap kenyataan tersebut yang menceritakan permasalahan sulit sedang berlaku.

"Kami memahami keinginan mereka untuk mengambil pendekatan yang berbeza, tetapi ini adalah masalah rumit yang akan mengambil masa yang lama untuk dibincangkan," katanya.

Sementara itu, sumber istana memberitahu ahli keluarga Diraja yang tidak tahu mengenai pengumuman itu telah membuat mereka terguris dengan kenyataan Putera Harry.

ANAK TIADA GELARAN

Sebelum ini, ramai membuat andaian mengenai gelaran yang akan disandang anak Putera Harry dan Meghan Markle, Archie, kelak.

Adakah bayi itu akan menyandang gelaran puteri dan putera seperti anak-anak Putera William dan Kate Middleton?

Ternyata menurut sebuah peraturan diraja, anak Meghan Markle dan Putera Harry, tidak mungkin menyandang gelaran ini, berdasarkan titah Raja George V yang dikeluarkan pada 1917.

Perintah ini menyebutkan bahawa cicit-cicit dalam keluarga Kerajaan Inggeris, hanya anak lelaki tertua dari garis keturunan monarki yang menyandang gelaran putera atau puteri.

Ini bermakna, sebenarnya hanya Putera George yang boleh menyandang gelaran ini.

Selain Putera George, seluruh cicit lain dari Ratu akan bergelar Lord atau Lady.

Mereka juga tidak akan dipanggil sebagai "His Royal Highness" atau "Her Royal Highness."

Keputusan ini diambil Raja George V kerana saat itu kekuasaan kerajaan di Eropah dan negara lainnya mulai runtuh namun, ternyata hal ini bukanlah muktamad.

Ratu Elizabeth II masih boleh mengeluarkan titah untuk memberikan gelaran puteri atau putera kepada anak Meghan Markle.

Mungkinkah kecewa, antara punca pasangan ini meninggalkan kerabat Diraja Britain?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com