13 Drama Korea Paling Popular 2019

Bagi peminat drama Korea, agak-agaknya KDrama yang mana satukah paling mendapat rating tertinggi sepanjang tahun 2019 ini? Jika anda peminat tegar drama Kpop, pastinya anda sudah tahu, tetapi mungkin ramai yang ketinggalan.

Drama Popular Kpop 2019

Berikut kami senaraikan 13 drama mini siri Korea yang mendapat rating tinggi tahun 2019 ini menurut Kakimuvee Reborn.

1. When The Camellia Blooms (KBS2)
  • 20/40 episod
  • Rating tertinggi: 23.8%

Dong-Baek (Gong Hyo-Jin) adalah seorang ibu tunggal yang tinggal di bandar kecil Ongsan. Dia menjalankan bar-restoran Camellia, sambil menjaga anaknya Pil-Gu (Kim Kang-Hoon). Orang-orang Ongsan sering bergosip tentang Dong-Baek.

Tidak kisah apa yang penduduk tempatan mengata tentang Dong-Baek, Hwang Yong-Sik (Kang Ha-Neul) yang merupakan pegawai polis di Ongsan sangat menyukai Dong-Baek.

Sementara itu, bekas teman lelaki Dong-Baek, Kang Jong-Ryeol (Kim Ji-Suk) tiba-tiba muncul semula dalam hidupnya. Dia adalah pemain baseball yang terkenal, yang menyembunyikan hubungan mereka ketika mereka bercinta.

Walaupun Dong-Baek cuba mencari kebahagiaan, sesuatu yang benar-benar menakutkan menggugat kehidupannya. Serangan pembunuh bersiri Ongsan dan Dong-Baek menjadi sasarannya.

2. The Fiery Priest (SBS)
  • 20/40 episod
  • Rating tertinggi: 22%

Drama aksi jenayah komedi ini mengisahkan Paderi Kim Hae Il (Kim Nam Gil) yang merupakan seseorang yang tidak boleh mengawal kemarahannya, dia merupakan bekas ejen NIS.

Kemarahannya memuncak apabila seseorang yang dianggap ayahnya, iaitu Paderi Lee dibunuh dan difitnah dengan mengatakannya membunuh diri kerana dakwaan menyalahguna kuasa dan mencabul seorang wanita.

Perkara itu membuatkan Paderi Kim Hae Il berusaha mencari keadilan untuk Paderi Lee dan menyiasat siapa pelakunya sekaligus membongkar segala jenayah di bandar tersebut.

3. Liver Or Die (KBS2)
  • 20/40 episod
  • Rating tertinggi: 21.4%

Poong-Sang (Yu Jun-Sang) menjaga 4 adik-beradiknya dan menanggung mereka secara kewangan.

4. Doctor Prisoner (KBS2)
  • 16/32 episod
  • Rating tertinggi: 15.8%

Na Yi-Je (Namgoong Min) adalah pakar bedah dengan kemahiran yang sangat hebat dan dia juga seorang yang baik hati. Dia terlibat dalam kemalangan perubatan yang bukan berpunca darinya.

Kemalangan perubatan itu menyebabkan Na Yi-Je ditendang keluar dari hospital tempat dia bekerja. Dia kemudiannya mula bekerja sebagai ketua klinik perubatan di penjara dan merancang untuk membalas dendam.

5. Vagabond (SBS)
  • 16/32 episod
  • Rating tertinggi: 13%

Cha Dal-Gun (Lee Seung Gi) adalah seorang pelakon lagak ngeri yang mengimpikan menjadi pelakon aksi terkenal di dunia  Dia terlibat dalam kemalangan pesawat yang mengubah hidupnya.

Dia menghadapi konspirasi tersembunyi di sebalik kemalangan pesawat yang berkaitan dengan kes rasuah negara.

Untuk menanggung ibunya dan adik perempuannya, Go Hae-Ri (Bae Suzy) mengiginkan pekerjaan yang stabil sebagai seorang pegawai awam. Dia menjadi ejen NIS. Dia berharap menjadi white agent, tetapi sebaliknya dia menjadi black agent.

6. Doctor John/Doctor Yo Han (SBS)
  • 16/32 episod
  • Rating tertinggi: 12%

Drama ini mengikuti kisah tentang doktor anaesthasia yang mempunyai kepakaran dalam menangani kesakitan. Setiap episod akan menunjukkan pesakit dalam kesakitan yang tidak tahu punca dari mana dan doktor akan mencari punca dari mana datang sakit tersebut.

Ji Sung akan membawa watak doktor genius bernama Cha Yo Han. Lee Se Young turut berlakon dalam drama ini dan membawa watak doktor anesthesiologist bernama Kang Si Young. Lee Kyu Hyung turut membintangi drama ini.

7. Hotel Del Luna (tvN)
  • 16 episod
  • Rating tertinggi: 12%

Drama ini berlatarkan sebuah Hotel yang mempunyai reka bentuk lama dan menyeramkan, terletak di pinggir bandar Seoul. Pelanggan hotel ini terdiri dari hantu.

Goo Chan Sun (Yeo Jin Goo) yang merupakan pengurus hotel elit, disebabkan takdir yang menimpanya, akhirnya dia menjadi pengurus Hotel del Luna, di mana pemilik hotel itu adalah Jang Man Wol (IU) yang cantik tetapi tamak dan angkuh.

Jang Man Wol terperangkap dalam hotel itu bermilenium lamanya, dan hanya boleh melepaskan diri apabila dia menjumpai seseorang yang melakukan jenayah lebih teruk darinya.

8. The Crowned Clown (tvN)
  • 16 episod
  • Rating tertinggi: 10.8%

Drama ini remake dari filem Masquerade (2012) lakonan Lee Byung Hun yang mengisahkan pelawak jalanan yang serupa dengan Raja, diupah menyamar jadi Raja di istana untuk mengelakkan Raja dari dibunuh oleh pembunuh upahan.

9. The Light In Your Eyes (JTBC)
  • 12 episod
  • Rating tertinggi: 9.7%

Kim Hye Ja berkeinginan menjadi pengacara tv. Dia jujur dan mempunyai personaliti yang positif, tetapi dia tiba-tiba menjadi wanita berusia 70 tahun dengan keupayaan khusus untuk memanipulasi masa

10. Angel’s Last Mission Love (KBS2)
  • 16/32 episod
  • Rating tertinggi: 9.4%

Dan adalah malaikat. Dia juga seorang pembuat masalah dan juga optimis. Yeon Seo adalah penari ballerina yang tidak percaya cinta.

Dan kemudian menerima misi. Jika dia berjaya, dia boleh kembali ke Syurga. Misinya adalah untuk mencari cinta sejati untuk Yeon Seo.

11. Graceful Family (MBN)
  • 16 episod
  • Rating tertinggi: 8.4%

Mo Seok-Hee (Lim Soo-Hyang) adalah anak tunggal dan ayahnya menjalankan syarikat besar MC Group. Dia cantik, bijak dan kaya. Ibunya dibunuh 15 tahun yang lalu.

Heo Yoon-Do (Lee Jang-Woo) adalah seorang peguam, tetapi dia tidak mempunyai pejabat. Dia menyelesaikan masalah kecil penduduk kejiranan di sebuah restoran. Heo Yoon-Do menyertai pasukan TOP di MC Group.

Pasukan TOP mengurus urusan keluarga syarikat MC Group. Tugas mereka meliputi tingkah laku tidak bermoral atau menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh keluarga tersebut. Han Je-Kook (Bae Jong-Ok) mengetuai pasukan TOP.

Mo Seok-Hee dan Heo Yoon-Do bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran apa yang berlaku di sebalik kematian ibu Mo Seok-Hee.

12. The Tale Of Nokdu (KBS2)
  • 16/32 episod
  • Rating tertinggi: 8.3%

Jeon Nok-Du (Jang Dong Yoon) tidak gembira dengan rancangan keluarganya untuk menjodohkannya dengan seorang gadis muda, untuk mengelak dari kena kahwin paksa, Jeon Nok-Du lari dari rumah.

Dia menyamar sebagai perempuan dan pergi ke perkampungan janda (bukan Janda Baik). Di sana dia bertemu Dong Dong-Ju (Kim So-Hyun) yang dalam persediaan untuk menjadi gisaeng.

13. Arthdal Chronicles/Aseudal (tvN)
  • 18 episod
  • Rating tertinggi: 7.7%

Berlatarkan kisah fiksyen tentang negara Aseudal pada zaman purba.

Eun-Sum (Song Joong-Ki) dilahirkan dengan nasib untuk membawa bencana ke Aseudal. Oleh kerana perjuangan ibunya untuk menyelamatkannya, dia mengalami kesulitan dan membesar. Dia muncul semula di Aseudal.

Ta-Gon (Jang Dong-Gun) adalah pahlawan perang Aseudal. Dia telah membuka jalan bagi Aseudal untuk menjadi negara makmur dan dia adalah orang yang paling berkuasa di Aseudal. Dia mengimpikan menjadi raja pertama Aseudal.

Tan-Ya (Kim Ji-Won) dilahirkan dengan nasib yang sama seperti Eun-Sum. Dia adalah pengganti Suku Puak Wahan.

Dia merupakan seorang yang dihormati dalam puaknya dan cita-citanya menjadi seorang ahli politik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja