20 Makanan Yang Boleh Menyebabkan Kanser Anda Tidak Sepatutnya Makan Selalu

Makanan ringan adalah faktor risiko utama untuk kanser, walaupun ia sememangnya tidak dinafikan sedap apabila dimakan, namun ingatlah, dalam jangka panjang, ia dapat merosakkan kesihatan anda secara serius dalam banyak cara.

Makanan punca Kanser

Tetapi ada juga beberapa makanan lain yang hampir sama buruknya kepada kesihatan seperti makanan ringan dan juga boleh menyebabkan kanser.

Dan ingin tahu apa yang lebih teruk? Anda mungkin tidak mengesyakinya langsung.

Di sini, kami senaraikan makanan yang sangat berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser dan kita biasanya memakannya pada kehidupan seharian, bersama dengan beberapa alternatif yang lebih sihat.

1. Makanan Bergaram Tinggi

Terlalu banyak pengambilan garam boleh membawa kepada tekanan darah tinggi dan mempunyai peluang yang tinggi untuk menyebabkan risiko kanser tertentu, termasuk kanser perut, hidung, tekak, dan pankreas.

Individu yang paling berisiko untuk menghidapi isu berkaitan kesihatan kerana diet 'asin' termasuklah mereka yang berusia lebih dari 50 tahun dan menghidap diabetes.

Semua faktor risiko ini juga mencerminkan beberapa faktor risiko yang berkaitan dengan kanser pankreas.

Selain itu, pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan obesiti, yang merupakan faktor risiko lain untuk kebanyakan kanser.

2. Perasa Tiruan

Perasa tiruan yang telah dilarang oleh FDA telah lama dikaitkan dengan banyak gangguan kesihatan, termasuk kanser, menurut pakar.

FDA secara khusus menemui tujuh bahan perasa sintetik yang menyebabkan kanser di makmal.

Bahan-bahan ini biasanya digunakan dalam jumlah yang sangat kecil dalam makanan AS, bagi mengelakkan pendedahan dan risiko berada pada tahap rendah.

3. Makanan Jeruk

Makanan ini mengandungi beberapa pengawet dan nitrat yang berpotensi menjadi karsinogenik, kata Dr Bilchik.

Memakan terlalu banyak makanan jeruk meningkatkan risiko kanser perut dan esofagus, serta kanser tiroid dan ovari pada wanita, menurut Institut Kanser Kebangsaan.

4. Roti Bagel

Ya, bagel sangat lazat, tetapi ia juga salah satu makanan orang putih yang menyebabkan paras gula dalam darah anda melonjak.

Mengambil makanan dengan indeks glisemik tinggi (makanan yang menaikkan paras gula dalam darah dengan cepat) didapati menimbulkan risiko kanser paru-paru di kalangan orang putih bukan-Hispanik, berdasarkan kajian dari Pusat Kanser MD Anderson, Universiti Texas.

Makanan GI yang tinggi termasuk roti putih dan bagel, serpihan jagung dan bertih beras.

Alternatif–Pilihlah makanan GI yang lebih rendah seperti beras perang, roti gandum, dan oat.

5. Daging Salai dan Barbeku

Daging yang biasanya disalai adalah daging merah serta ikan dan biasanya dianggap sebagai makanan istimewa.

Makanan yang disalai adalah sebahagian rutin yang tidak dapat dielakkan daripada perayaan dan majlis kenduri.

Walau bagaimanapun, dalam proses menyalai atau membakar, ia menyerap sejumlah besar tar, merupakan karsinogen yang terkenal.

Pengambilan secara kerap daging bakar/salai telah dikaitkan secara statistik berkenaan dengan perkembangan kanser usus dalam kajian yang dikemukakan oleh Fritz, W, dan Soos, K (1980).

Apabila menyalai makanan sehingga hangus terbakar di luar, hidrokarbon aromatik polisiklik dibentuk.

Hidrokarbon aromatik adalah bahan kimia berbahaya yang menurut Penyelidikan Kanser UK, menyumbang pembentukan kanser.

Walau bagaimanapun, ini hanya teori yang belum terbukti, jadi tidak ada asasnya untuk meyakinkan orang ramai untuk berhenti menghidangkan makanan barbeku.

Pengambilan harian yang disyorkan bagi jenis makanan ini tidak ada jumlah yang disyorkan atau had yang ditetapkan, tetapi perhatikan pengambilan kalori harian anda yang dititikberatkan.

Alternatif–Dua hingga tiga keping (200-300 gram) daging setiap hari sudah cukup untuk memastikan anda berasa kenyang dan tidak menjejaskan kesihatan anda.

6. Lemak Trans

Lemak trans terbentuk apabila pengeluar menukarkan minyak cair menjadi lemak pepejal, dalam proses yang dipanggil penghidrogenan, yang bertujuan untuk meningkatkan jangka hayat pelbagai produk.

Tetapi sekarang anda mungkin tahu bahawa Trans Fat juga menyebabkan kanser, kerana pada tahun 2015 pengeluar makanan diberi 3 tahun untuk menghentikan penggunaan sebahagian minyak hidrogenasi (PHOs) dari produk mereka.

7. Gula Halus

Masalah terbesar dalam kategori ini ialah sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS), dan gula halus yang lain, mahupun gula perang juga boleh menjadi masalah kerana syarikat-syarikat besar hanya menambah molases, dan bukannya gula perang itu dihasilkan secara semula jadi.

Gula halus adalah penyebab utama insulin memuncak didalam badan, dan gula memelihara pertumbuhan sel-sel kanser.

Alternatif – Sentiasa meneliti senarai ramuan apabila membeli makanan yang dibungkus; Kandungan gula akan mengejutkan anda, walaupun pada beberapa makanan yang sihat.

Puaskan mengidam makanan manis anda dengan mengambil buah semulajadi daripada mengambil gula-gula dan anda akan baik-baik saja sepanjang hari.

8. Alkohol Berlebihan

Kajian oleh Institut Kanser Kebangsaan telah menunjukkan terdapat hubungan antara peminum alkohol yang berlebihan dan kanser pada kepala dan leher, esofagus, hati, payudara dan kolon.

Walau bagaimanapun, perdebatan masih berlaku mengenai pengambilan sederhana, tetapi secara umumnya ada yang menganggap agak sihat untuk meminumnya dengan sederhana.

Alternatif – Sekiranya anda tidak bersedia untuk berhenti, pastikan pengambilan alkohol anda dalam kategori risiko rendah – tidak lebih daripada 3 kali sehari untuk wanita dan 4 kali dalam sehari untuk lelaki dan seminggu, 7 jumlah minuman untuk wanita dan 14 jumlah keseluruhan untuk lelaki.

Jika anda ingin berhenti dan telah mengambil alkohol jangka panjang, anda juga perlu berhati-hati, kerana ia boleh menyebabkan serangan sawan dan kecelaruan minda yang mengancam nyawa.

9. Makanan GMO

Terdapat perdebatan sengit tentang keselamatan makanan GMO. Di satu pihak, pengeluar makanan – Huge menggemari produk GMO kerana ia telah diubahsuai menjadi lebih tahan lama daripada yang organik, dan ia lebih mudah untuk ditanam di negara-negara yang lebih miskin.

Walau bagaimanapun, sangat sedikit ujian keselamatan yang telah dilakukan sebelum makanan tersebut dijual dipasaran dan kita tidak tahu kesan kesihatan jangka panjang makanan ini sehingga sekarang.

Alternatif – Hasilan organik secara umum yang mesti mempunyai label Bukan GMO.

10. Cip Kentang

Cip kentang adalah penjenayah makanan kerana beberapa sebab. Satu, ia digoreng dalam lemak trans dan ia menyerapnya.

Kedua, cip kentang sarat dengan garam, yang bukan hanya meningkatkan risiko kanser, tetapi juga penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Kebanyakannya juga mempunyai bahan pengawet dan pewarna tiruan.

Alternatif – Untuk snek yang baik, anda boleh mengambil beberapa Pretzels, bertih jagung semula jadi, atau beberapa kerepek pisang.

11. Daging Diproses

Ini termasuk produk seperti bacon, "hot dog", sosej dan daging deli. Pemprosesan makanan sering menambah jumlah garam yang banyak serta bahan kimia berbahaya, terutamanya nitrat dan nitrit yang digunakan untuk memelihara makanan bersama garam.

Aditif ini bertujuan untuk membuat makanan ini lebih enak untuk dinikmati tetapi membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan anda.

Alternatif – Makan daging organik dan cari produk lain dengan pemprosesan minimum dan tiada bahan pengawet dan jangan lupa untuk mencuci bahan-bahan dan masak dengan teliti.

12. Buah-buahan konvensional, atau buah-buahan "kotor"

Buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik untuk anda, tetapi jika ianya disembur dengan racun perosak, ianya amat memudaratkan.

Sebagai contoh, Altrazine adalah pembunuh rumpai yang telah diharamkan di Eropah kerana menyebabkan masalah kesihatan yang teruk pada manusia, tetapi masih biasa digunakan di AS.

Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG) mendapati bahawa hingga 98 peratus dari semua hasil pertanian konvensional, adalah tercemar dengan racun perosak yang menyebabkan kanser.

Alternatif – Belilah yang organik sebagai keutamaan anda ketika memilih dan cuci dengan cermat semua buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan.

13. Tepung Putih Halus

Tepung putih halus tidak mempunyai apa-apa khasiat pemakanan kerana proses kimia yang perlu dilalui.

Dan lebih buruk lagi, ia dilunturkan dengan gas klorin untuk mencapai warnanya putih.

Ia juga penuh dengan karbohidrat, yang sangat mudah ditukar kepada gula – iaitu makanan kegemaran si Kanser – pada badan anda.

Alternatif – Pilih tepung gandum yang tidak dilunturkan untuk memasak dan baca label dengan berhati-hati untuk menentukan berapa banyak peluntur digunakan didalam produk yang dibungkus.

14. Pemanis Tiruan

Pemanis buatan kebanyakannya dihasilkan oleh proses kimia, dan data tidak mencukupi untuk benar-benar mengetahui jika ia selamat atau tidak.

Beberapa kajian mengatakan bahawa pemanis buatan menyebabkan toksin DKP (Diketopiperazine) terkumpul didalam badan dan berpotensi menyebabkan tumor otak.

Alternatif – Jika anda mesti menggunakan perasa manis, pilih Stevia kerana ia semula jadi.

Resipi tertentu juga boleh menggantikannya dengan penggunaan sos epal.

15. Ikan Ternak Yang Diberikan Antibiotik, Terutamanya Salmon

Walaupun salmon yang ditangkap liar mempunyai kandungan protein yang baik untuk anda, lebih daripada 60% salmon yang digunakan di AS berasal dari hasil pertanian di mana mereka diberi makanan yang penuh dengan antibiotik dan racun perosak, yang terkumpul di dalam badan haiwan dan apabila dimakan manusia, ia menjadi sesuatu yang memudaratkan.

Alternatif – Makan ikan-liar atau gunakan suplemen minyak ikan yang dimurnikan untuk diet yang lebih baik.

16. Minyak Terhidrogenasi

Minyak sayur ini diekstrak dari sumbernya secara kimia. Ia juga mempunyai paras lemak omega-6 yang berbahaya, yang mengubah struktur membran sel kita dan akhirnya boleh menyebabkan kanser.

Alternatif – Pilih beberapa minyak yang diekstrak secara semulajadi, seperti minyak Canola atau Zaitun.

17. Makanan berkaling, terutamanya tomato

Makanan berkaling berbahaya kerana tin dipenuhi dengan BPA kimia, pengubah hormon yang telah didapati mengubah sel-sel otak tikus.

Tomato dalam tin adalah sangat memudaratkan kerana keasidannya menyebabkan BPA meresap ke dalam makanan, menjadikannya lebih tidak sihat untuk dimakan.

Alternatif – Beli produk segar atau beku bergantung kepada apa yang sesuai dengan anda.

18. Bertih Jagung (Popcorn) Ketuhar Mikro

Diacetyl adalah apa yang membuatkan rasa bertih jagung ketuhar mikro anda menjadi lazat apabila ia keluar dari ketuhar mikro, tetapi apabila dipanaskan, bahan ini menjadi asap bertoksik kepada manusia.

Juga, lapisan di dalam beg itu karsinogenik dan akhirnya, pengeluar popcorn tidak perlu melaporkan sama ada biji mereka adalah GMO atau tidak, kerana kemungkinan besar ianya tidak.

Alternatif – Beli biji organik dan popkannya dalam ketuhar (oven) dengan minyak zaitun atau dalam "air popper".

19. Daging Merah Panggang

Walaupun daging panggang sungguh lazat, saintis mendapati bahawa dalam suhu tinggi yang digunakan untuk memasak, ia menghasilkan hidrokarbon penyebab kanser kerana perubahan struktur kimia dan molekul daging.

Alternatif – Makan daging merah dengan berhati-hati dan masak dengan teliti, pilihan lain adalah makan daging putih sebagai ganti, seperti ayam.

20. Air Berkarbonat

Air berkarbonat ataupun air Soda dipenuhi gula - bahan bakar kanser yang utama dan walaupun ada air berkarbonat

"tanpa gula", ia sudah cukup buruk untuk anda – kerana ia juga sering mengandungi pewarna karamel tiruan.

Warna tiruan ini dipanggil Caramel IV dan mempunyai bahan kimia karsinogenik (penyebab kanser) 4-MEI sebagai hasil sampingan proses berasaskan ammonia.

Alternatif – Air biasa selalu menjadi pilihan terbaik, tetapi jika anda benar-benar mengidam kemanisan air soda, pilihlah jenama yang tidak menggunakan Caramel IV.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com