Khasiat Kunyit Hitam Memulih Kesihatan Tubuh Dan Mencegah Penyakit

Kunyit hitam atau nama saintifiknya, Kaempferia parviflora, merupakan tumbuhan herba yang sangat berkhasiat kepada kesihatan manusia dan telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional.

Kunyit-Hitam
Kunyit Hitam.

Ada yang mendakwa kunyit hitam juga dapat membantu mengatasi masalah kesihatan terutama berkaitan kanser, meningkatkan tenaga dan ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Kunyit hitam asli juga adalah sejenis kunyit yang sangat jarang ditemui, unik (rare) dan sukar diperolehi.

Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa kunyit hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan.

Berkhasiat Tinggi

Pokok-Kunyit-Hitam
Kunyit Hitam.

Hasil kajian pihak MARDI juga berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.

Bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Kandungan bioaktif fitokimia semula jadi sangat bernilai tinggi dalam kunyit hitam, kerana bioaktif ini mampu membantu dan memulihkan kesihatan tubuh badan.

Hidangan Kunyit Hitam

Kunyit-Hitam-Asli
Kunyit Hitam.

Selain boleh dijadikan sebagai bahan rempah ratus dalam masakan, kunyit hitam juga boleh direbus dan diminum setiap hari.

Maka cara membuat ramuannya:

  1. Sediakan kunyit hitam 20 gram.
  2. Setelah itu kunyit hitam dicuci hingga bersih dengan air bersih.
  3. Rebus bersama 600 ml air sehingga mendidih.
  4. Biarkan air rebusan dalam keadaan mendidih hingga air rebusan tinggal separuh.
  5. Setelah itu saring dan suamkan.
  6. Diminum tiga kali sehari (sekali minum setengah gelas).
  7. Supaya rasanya tidak terlalu pahit, maka anda boleh menambahkan dua sudu teh madu sehingga lebih nikmat diminum.


Cara-cara menanam kunyit hitam

1. Dapatkan ibu kunyit. Senang dan cepat nak semai. Kalau tak ada ibu kunyit anak kunyit pun boleh juga cuma lambat sedikit ianya nak keluarkan tunas. Kadang kala memakan masa sampai 3 bulan.

2. Balut kunyit hitam dengan kertas yang sudah dilembabkan kemudian simpan di tempat gelap. Pastikan kertas yang membalutnya itu sentiasa lembab.

3. Selepas tunasnya keluar barulah kita boleh tanam di dalam pasu. Pastikan tanah berada hampir ke bibir pasu bagi mengelakkan takungan air.

4. Tanam dalam medium tanaman yang sesuai. Untuk mendapatkan isi kunyit yang besar, gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Ada orang yang gunakan medium coco peat atau sabut kelapa. Memang gemuk isinya.

5. Pastikan juga tanah yang digunakan ada saliran air yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi busuk dan reput.

6. Campuran tanah hitam, kompos dan pasir juga bagus untuk tanaman kunyit sebab salirannya baik disamping kompos membantu mengekalkan kelembapan pada rizom.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com