Skandal Dan Status Anak Punca Rihana, Sultan Muhammad V Bercerai?

Kontroversi status anak yang dilahirkan Rihana Oksana Petra dipercayai antara punca Sultan Muhammad V menceraikan isterinya, bekas ratu cantik Rusia dengan talak tiga, kata peguam Sultan Kelantan.

Skandal Rihana Oksana Petra

Tiada bukti kukuh menunjukkan baginda adalah bapa biologi kepada anak yang lahir pada 21 Mei 2019 lalu sebelum mereka bercerai, katanya.

Bayi itu diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Rihana, atau nama asalnya, Oksana Voevodina, 27, diceraikan kira-kira sebulan selepas beliau melahirkan anak lelaki di Moscow, tidak pernah diberi sebarang gelaran rasmi.

Mereka berkahwin secara rahsia pada Jun tahun 2018 lepas di Barvikha, barat Moscow

Pernikahan Sultan Muhammad V dengan Rihana ini juga tidak pernah diumumkan secara rasmi oleh istana.

Skandal Rihana?


Adakah ini menjadi punca perceraian?

Kenapa Rahsia?

Banyak pihak sebenarnya tertanya-tanya mengenai isu perkahwinan, apatah lagi sensasi perceraian Sultan Muhammad V dengan Rihana Oksana.

Selagi mana pihak istana yang 'teramatlah mulia' ini terus membisu, selagi itulah rakyat serta pengamal media terus dimomokkan dengan maklumat yang samar terutamanya di media sosial, kerana bukan media tempatan sahaja yang kecoh mengenai perkara ini, malah media antarabangsa juga turut sama melaporkannya.

Sekurang-kurangnya, apabila ada kenyataan rasmi, rakyat tahu situasi sebenar daripada terus menjaja cerita yang tidak baik tentang istana yang sepatutnya dihormati.

BACA INI JUGA:

sumber: msn