SEBAK! Itulah reaksi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei apabila mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton pada Khamis {13/6/2019), dengan keputusan untuk bersara itu diambil selepas mengambil kira nasihat doktor susulan pemeriksaan perubatan terbaharu terhadap penyakit kanser hidungnya di Taiwan sebelum ini.
Chong Wei mengumumkan keputusan yang sukar itu dalam satu sidang media khas yang diadakan di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.
"Terima kasih kepada semua jurulatih saya selama ini terutama Datuk Misbun Sidek dan semua yang telah membantunya selama ini," jelasnya dalam nada sebak.
"Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi.. (terus menangis dalam tempoh seminit),"
Selain cuba ditenangkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ada juga wartawan yang menjerit dengan sahutan 'ayuh sang juara'.
Bagaimanapun, Chong Wei tidak dapat menyambung ucapannya dan hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sebelum sidang media bersambung dengan sesi soal jawab.
Pada masa sama, Chong Wei berkata dia sudah membincangkan keputusannya itu dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo.
"Dia menasihatkan saya berehat. Saya berehat dan turut berbincang dengan (Menteri Belia dan Sukan) Syed Saddiq.
"Saya berkata, selepas Hari Raya, saya akan bersara. Kesihatan saya lebih penting," katanya.
Chong Wei bersara selepas 19 tahun berbakti kepada arena sukan badminton negara dan merupakan legenda, ikon dan idola kepada rakyat Malaysia
Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di atas sumbangan beliau kepada negara, yang mengumuman persaraannya selepas 19 tahun berjuang dalam arena badminton dunia.
Penglibatannya dalam arena sukan negara telah menjadi contoh teladan yang baik kepada seluruh atlet lain tidak kira jenis sukan yang diceburi.
Dengan pencapaian yang beliau kecapi, Lee Chong Wei selayaknya digelar "The living legend" di dalam sukan badminton negara.
Kronologi kejayaan Lee Chong Wei
Berikut kronologi kejayaan dicapai jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam arena badminton:
2003:
2004:
2005:
2006:
2007:
2008:
2009:
2010:
2011:
2012:
2013:
2014:
2015:
2016:
2017:
2018:
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: bernama
Lee Chong Wei.

- Naib juara Terbuka Malaysia, Satelit India.
2004:
- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Taiwan.
- Naib juara Terbuka Singapura.
2005:
- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Denmark.
- Meraih pingat gangsa Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat.
2006:
- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Switzerland dan Kejohanan Asia.
- Naib juara Terbuka Taiwan, Terbuka Macau, Terbuka Hong Kong.
- Meraih dua pingat emas Sukan Komanwel di Melbourne, Australia.
2007:
- Juara Terbuka Indonesia, Terbuka Filipina, Terbuka Jepun, Terbuka Perancis.
- Naib juara Terbuka China, Terbuka Hong Kong.
2008:
- Juara Terbuka Malaysia, Siri Super Masters Akhir.
- Meraih pingat perak Sukan Olimpik di Beijing, China.
- Naib juara Terbuka Jepun, Terbuka Macau, Terbuka China.
- Meraih gelaran ketujuh Kejohanan Grand Prix Kebangsaan.
2009:
- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Switzerland, Terbuka Indonesia, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Macau, Terbuka Hong Kong, Siri Super Masters Akhir.
- Naib juara Terbuka Korea dan All-England.
2010:
- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Korea, All-England, Terbuka Indonesia, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Macau, Terbuka Jepun, Terbuka Hong Kong, Siri Super Akhir.
- Meraih dua pingat emas Sukan Komanwel di New Delhi, satu perak Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.
2011:
- Juara Terbuka Malaysia, All-England, Terbuka India, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia, Terbuka Perancis.
- Naib juara Terbuka Korea, Terbuka Jepun, Terbuka Denmark.
- Meraih pingat perak Kejohanan Dunia di London.
2012:
- Juara Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Jepun, Terbuka Denmark.
- Naib juara All-England, Terbuka India, Terbuka Hong Kong.
- Meraih pingat perak Sukan Olimpik London 2012.
2013:
- Juara Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun, Terbuka Hong Kong, Siri Super Akhir.
- Naib juara All-England, Terbuka Denmark.
- Meraih pingat perak Kejohanan Dunia di Guangzhou, China.
2014:
- Juara Terbuka Malaysia, All-England, Terbuka India dan Terbuka Jepun.
- Naib juara Terbuka Korea, Terbuka Singapura.
- Meraih pingat perak Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark.
2015:
- Juara Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat, Grand Prix Terbuka Kanada, Terbuka Perancis, Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.
- Meraih pingat perak Kejohanan Dunia di Jakarta.
2016:
- Juara Malaysia Masters, Terbuka Malaysia, Kejohanan Asia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Jepun.
- Meraih pingat perak Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil.
2017:
- Juara All-England dan Terbuka Hong Kong.
- Naib juara Terbuka Malaysia, Terbuka Jepun dan Siri Super Akhir.
2018:
- Meraih satu pingat emas dan satu pingat perak Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Kenapa Sukan Skuasy Tidak Tersenarai Di Olimpik?
- Air Mata Sesalan Lee Chong Wei, Berjuang Sendirian?
sumber: bernama