Equanimity Terjual RM514 Juta, Jho Low Sindir Terlalu Murah

Kapal layar mewah Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Bhd pada harga RM514 juta (126 juta AS Dolar), selepas Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberikan kelulusan menerima tawaran membeli Equanimity daripada syarikat Genting atas terma dan syarat pegawai mahkamah.

Equanimity Jho Low

Harga jualan 126 juta AS Dolar akan dibayar oleh Genting dan diterima mahkamah pada penghujung bulan April 2019, adalah tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh lima bulan sejak Oktober tahun 2918 lalu apabila Equanimity diumumkan untuk jualan.

Sepanjang tempoh itu banyak tawaran diterima, namun hanya sebilangan kecil sahaja yang melebihi 100 juta AS Dolar.

Genting menawarkan harga tertinggi, yang mana diluluskan mahkamah untuk menerima tawaran itu.

Memandangkan tawaran daripada Genting telah dirunding secara terus dengan kerajaan Malaysia, tiada komisyen ejen perlu dibayar sekali gus membawa kepada penjimatan sebanyak 4.4 juta AS Dolar.

Kesannya, meskipun nilaian harga pasaran Equanimity oleh Winterbotham sebanyak 130 juta AS Dolar tidak dicapai, namun pulangan bersih kepada kerajaan Malaysia adalah yang sebaiknya.

Jualan kehakiman pada nilai berkenaan merekodkan tanda aras yang tinggi bagi sistem kehakiman di Malaysia dalam hal memastikan nilai pasaran diperoleh daripada kapal yang dijual melalui proses mahkamah, tanpa sebarang diskaun.

Harga jualan yang sangat memuaskan itu berjaya dicapai sebahagian besarnya melalui kepakaran dan kemahiran kumpulan perundangan yang mewakili kerajaan Malaysia.

Kumpulan perundangan ini bertindak melangkaui tuntutan tugas mereka, bergerak untuk bertemu dengan pembeli berpotensi di Hong Kong dan London selain menanggung sendiri kos-kos perjalanan bagi memastikan jangkauan seluas mungkin serta untuk memahami dengan lebih baik keadaan-keadaan jualan berkenaan.

Ini juga hasil kerjasama pegawai mahkamah yang tangkas dan mantap serta profesional dan kesediaan Hakim Admiralti untuk bertindak dalam keadaan amat luar biasa.

Bagi tujuan ketelusan, suatu kenyataan lanjut akan dikeluarkan sebaik sahaja harga jualan diterima dan perincian perbelanjaan ditanggung serta jumlah bersih yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB yang baru dibuka.

Kerajaan Malaysia juga berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan keselamatan dan kesejahteraan kapal berkenaan sepanjang tempoh tahanan sekali gus membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.

TLDM bermurah hati memberikan ruang untuk Equanimity berlabuh selama lebih lima bulan tanpa sebarang caj dikenakan.

Malah, dengan berhati-hati mengiringi kapal semasa membuat ‘sea trials’ bersama pembeli berpotensi.

Jho Low sindir 'jual murah' Equanimity

Ahli perniagaan Jho Low membidas kerajaan Malaysia berhubung penjualan kapal layar mewah Equanimity pada harga yang digambarkannya sebagai murah.

"Penjualan kapal layar itu merupakan babak akhir dalam satu lagi kisah rejim Dr Mahathir Mohamad yang tidak berkebolehan dan mengabaikan kedaulatan undang-undang," kata Jho Low melalui jurucakapnya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan guamannya.

Menurut Jho Low, Equanimity, yang didakwa dibeli menggunakan wang yang diseleweng dari 1MDB, akan mampu mengekalkan nilainya dan tidak perlu dilelong jika kerajaan tidak menyita "secara haram" dari kerajaan Indonesia dan meletakkannya di Pelabuhan Klang yang menurutnya mempunyai persekitaran yang tidak selamat.

Kapal layar itu kemudian ditawarkan untuk dilabuhkan di Langkawi.

"Hasil dari jualan kapal layar itu akan lebih terjejas oleh perbelanjaan penyelenggaraannya - yang dilaporkan AS$3.5 juta (RM14.3 juta).

"Kerajaan Mahathir mengambil masa dua kali lebih lama berbanding yang dijanjikan untuk menjual kapal layar itu, bidaan tidak berjaya dan proses penjualan 'telus' kerajaan Mahathir menyaksikan perubahan tiba-tiba.

"Kerajaan Mahathir sudah menunjukkan mereka bersedia untuk tidak menghiraukan nilai Equanimity dalam serangan terburu-buru ke atas seteru politik mereka," kata Jho Low lagi.

Ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu juga berkata, perkara sama turut dapat dilihat dalam prestasi PH dalam pilihan raya kecil (PRK).

"Seperti yang kami sudah katakan dari awal, ini merupakan aksi PR (hubungan awam) yang gagal, dengan angkuh mengabaikan keputusan mahkamah di Indonesia dan mewujudkan prosiding undang-undang di AS," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2