Berdebar-debar juga dikenali sebagai satu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju atau tidak teratur, adalah satu keadaan biasa yang kebanyakannya disebabkan faktor seperti tekanan tetapi biasanya tidak serius.
Kebanyakan penghidapnya mengalami keadaan ini sekali sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sekiranya serangan menjadi kerap dapatkan nasihat dan rawatan doktor.
Degupan jantung yang cepat dan deras yang biasanya dirasai oleh pesakit sebagai denyutan jantung yang tidak normal.
TANDA DAN GEJALA
Gejala utama berdebar-debar ialah keadaan di mana kita mengalami perasaan degupan jantung menjadi terlalu laju/kencang hingga menimbulkan rasa tidak selesa di bahagian depan dada. Pesakit juga mengalami rasa degupan jantung menjadi kuat, laju dan berulang-ulang.
Berdebar-debar juga boleh terjadi bersama gejala lain seperti pengsan, gangguan emosi, kerap berpeluh, tangan dan kaki menjadi sejuk dan keletihan.
PUNCA
Faktor penyebab antaranya:
RAWATAN
Rawatan bergantung kepada faktor penyebab.
PENCEGAHAN
Pesakit yang mengalami masalah berdebar-debar dinasihat mengelakkan pengambilan minuman seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan, alkohol dan pewarna makanan.
Pesakit perlu diajar bertenang/rehat, melakukan senaman seperti berjalan pantas, berenang, skiping dan mengayuh basikal.
PHT
Jantung pantas berdegup, rasa sesak nafas selain mudah penat sehingga rasa mahu pitam antara simptom yang dialami penghidap hipertensi pulmonari (PHT), meskipun sekadar berjalan pada rentak biasa.
Gejala PHT juga berpunca daripada sejarah penyakit gangguan hormon hipertiroid bagi yang pernah menghidapinya.
Pesakit juga perlu melalui pemeriksaan kesihatan berkala selain bergantung pada ubat tertentu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan normal.
Penghidap PHT sering berdepan dilema khususnya membabitkan aspek psikologi dan sosial. Mereka tampak seperti orang normal tetapi banyak perkara yang tidak dapat dilakukan.
Selain tidak boleh terbabit dalam aktiviti lasak dan berat seperti larian mahupun bersukan, pesakit perlu mengawal pengambilan makanan tertentu antaranya air dan garam kerana boleh menjejaskan tahap kesihatan.
Jika tidak dikawal atau tidak menuruti saranan doktor, ada kemungkinan berlaku masalah jantung dan paru-paru kronik. Sebaiknya pesakit PHT perlu didiagnosis awal bagi mengelak masalah menjadi serius.
SUKAR DIKESAN
Penyakit PHT sukar dikesan melainkan mereka mempunyai sejarah penyakit jantung atau paru-paru ketika lahir.
Bagi individu normal, penyakit ini amat sukar dikesan sehinggalah mereka didapati mengalami masalah pada jantung atau paru-paru.
Biasanya apabila dikesan, ia sudah terlalu lewat untuk dibendung menerusi terapi atau pengambilan ubat.
Gejala PHT sukar difahami individu normal, biasanya mereka berjumpa doktor apabila mengalami serangan seperti sesak nafas atau sakit jantung.
Tidak dinafikan, ada juga doktor yang terlepas pandang masalah PHT kerana menyifatkan ia gejala biasa akibat terlalu penat bekerja.
PHT merujuk pada tekanan darah tinggi dalam sistem jantung ke paru-paru yang menyebarkan darah segar (yang mengandungi oksigen) ke jantung serentak darah sudah digunakan (tidak mengandungi oksigen) kembali ke paru-paru.
Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi yang disebabkan saluran darah sempit sehingga menyebabkan tekanan pada jantung.
PHT ialah tekanan darah dalam paru-paru menyebabkan jantung terbeban.
KAEDAH RAWATAN
Rawatan PHT juga adalah berbeza mengikut tahap dan keadaan pesakit, antaranya memberi pesakit peluang kepada akses ubat lebih baik seperti sildefil atau tadafil yang dilihat memberi impak lebih baik kepada pesakit.
Namun, ubat jenis ini mempunyai akses sangat terhad kerana polisi ketat untuk membawa masuk ubat berkenaan di Malaysia.
Ada pesakit yang menggunakan ubat terbabit dan terbukti kesan positif terhadap kualiti hidup mereka apabila dapat menjalani rutin seperti individu normal.
Tanpanya, pesakit PHT di Malaysia terus hidup dalam tahap kronik yang memerlukan mereka bergantung penuh pada tangki oksigen sekali gus menjejaskan kualiti hidup.
GEJALA HIPERTENSI PULMONARI
Gejala awal termasuk:
Gejala susulan:
GANGGUAN RENTAK DEGUPAN
Degupan jantung kita dikawal perentak jantung semula jadi dinamakan nod sinus (SA) yang terletak pada atrium kanan di bahagian atas jantung. Nod sinus ini menghasilkan impuls elektrik yang mencetuskan setiap degupan.
Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke dalam ventrikel.
Impuls eletrik itu kemudian tiba di kelompok sel dinamakan nod atrioventrikel (AV) yang juga laluan tunggal untuk isyarat bergerak dari atrium ke ventrikel di bahagian bawah jantung.
Nod AV memperlahankan isyarat elektrik sebelum menghantarnya ke ventrikel dan kelewatan itu membolehkan ventrikel diisi dengan darah. Otot ventrikel yang menerima impuls elektrik akan mengecut dan mengepam darah ke paru-paru dan bahagian lain tubuh.
Bagi individu dengan jantung sihat, proses berkenaan berjalan lancar dan menghasilkan kadar denyutan jantung normal antara 60 hingga 100 degupan seminit.
Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat.
Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat.
Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.
Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kadar garam galian atau elektrolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi.
Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Malah, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.
Tanda rentak degupan jantung tidak sekata menyebabkan penghidapnya mengalami degupan jantung kencang, sakit dada, sesak nafas, manakala pening, pitam, pengsan dan kepenatan akibat degupan jantung terlalu perlahan.
Masalah rentak degupan jantung boleh berlaku mendadak tetapi tidak terus-menerus, hanya seketika namun, jika masalah ini dialami setiap hari penghidapnya akan dipasang peranti khusus dinamakan ‘holter monitor’ untuk mengawasi rentak degupan jantung termasuk merakam aktiviti organ itu selama 24 jam.
Alat ini biasa digunakan selepas pemeriksaan biasa menggunakan EKG tidak memberikan doktor maklumat secukupnya berkenaan masalah jantung pesakit. Maklumat diperoleh daripada holter monitor itu akan diguna untuk mendiagnosis sama ada pesakit itu mempunyai masalah rentak degupan jantung.
Jenis-jenis aritmia
1. Atrial Fibrillation
Bahagian atas jantung iaitu atrium berdegup tidak sekata iaitu lebih laju berbanding berdegup dengan berkesan untuk membawa darah ke ventrikel. Masalah ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, kegagalan jantung dan komplikasi lain berkaitan jantung.
2. Bradycardia
Degupan jantung perlahan iaitu kurang 60 degupan seminit bagi orang dewasa. Namun, kadar degupan jantung yang perlahan bergantung pada usia dan tahap kecergasan kerana bagi orang tertentu, ia tidak mendatangkan masalah.
Rentak jantung perlahan disebabkan nod sinus bermasalah, impuls elektrik tidak dialirkan dari atrium ke ventrikel, masalah metabolik seperti hypothyroidism dan kerosakan pada jantung disebabkan sakit jantung.
3. Conduction Disorders
Pengaliran elektrik jantung terganggu apabila ada penyumbatan pada ventrikel kiri atau kanan bahagian bawah jantung, yang menyebabkan impuls elektrik melencong sekali gus memperlahankan aliran.
Impuls elektrik mengalir ke kedua-dua ventrikel dengan kelajuan sama dan menguncup juga pada waktu sama. Gangguan pengaliran ini menyebabkan satu daripadanya menguncup lebih perlahan.
4. Premature Contraction
Penguncupan pramatang daripada atrium (PAC) atau daripada ventrikel (PVC) menyebabkan jantung berdegup awal dan melangkau kadar biasa. Pesakit akan mengalami tanda seperti berdebar-debar, yang biasa dialami remaja dan kanak-kanak.
5. Tachycardia
Degupan jantung laju iaitu lebih 100 degupan seminit bagi orang dewasa disebabkan gangguan isyarat elektrik pada bahagian atas jantung yang datang daripada nod sinus. Siri degupan awal pada atrium meningkatkan kadar kelajuan rentak dan menyebabkan darah tidak dapat memenuhi ventrikel sebelum menguncup dan menjejaskan aliran darah ke tubuh.
6.Ventricular Fibrillation
Ventrikel di bahagian bawah jantung berdegup tidak sekata, iaitu lebih laju dan masalah ini boleh mengancam nyawa kerana jantung tidak dapat mengepam darah seterusnya mengakibatkan penghidapnya pitam dan diikuti serangan jantung.
7. Adam Stokes Disease
Gangguan pada aliran degupan jantung bahagian atas ke bahagian bawah menyebabkan jantung tersumbat. Apabila tersumbat, degupan jantung menjadi perlahan dan menjejaskan aliran darah ke otak. Pesakit boleh pengsan dan mendapat sawan.
8. Atrial Flutter
Isyarat elektrik yang cepat menyebabkan otot atrium mengecut dengan pantas dan mengakibatkan degupan jantung menjadi deras.
9. Sick Sinus Syndrome
Nod sinus tidak melancarkan isyarat elektrik dengan sempurna, menyebabkan kadar degupan jantung jadi perlahan. Kadar degupan jantung juga kadangkala bertukar daripada perlahan menjadi laju.
10. Sinus Arrhytmia
Kitaran pertukaran kadar degupan jantung ketika bernafas dan biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
11. Wolf-Parkinson-White Syndrome
Laluan tidak normal di antara atrium dan ventrikel menyebabkan isyarat elektrik tiba di ventrikel terlalu awal dan berbalik ke atrium. Kadar degupan jantung yang terlalu deras, menyebabkan isyarat elektrik melantun di antara atrium dan ventrikel. Pesakit dengan sindrom ini tidak menunjukkan sebarang tanda tetapi berisiko tinggi mati mengejut.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2 | 3

- Kafein (Caffein).
- Terlalu teruja.
- Takut.
- Tekanan perasaan.
- Bimbang (panic attack, panic disorder, generalized anxiety disorder).
- Selepas senaman berat.
- Bernafas dengan cepat (Hyperventilation).
- Hyperthyrodism (satu pengeluaran hormon tiriod yang berlebihan berpunca dari kelenjar tiriod yang terlalu aktif).
- Penyakit jantung.
- Hypoglycaemia (kekurangan gula dalam darah).
- Arrhythmia (Degupan jantun yang tidak teratur).
- Anemia.
- Sebelum putus haid/tempoh masa pra-menopos.
- Ubatan tertentu.
RAWATAN
Rawatan bergantung kepada faktor penyebab.
PENCEGAHAN
Pesakit yang mengalami masalah berdebar-debar dinasihat mengelakkan pengambilan minuman seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan, alkohol dan pewarna makanan.
Pesakit perlu diajar bertenang/rehat, melakukan senaman seperti berjalan pantas, berenang, skiping dan mengayuh basikal.
PHT
Jantung pantas berdegup, rasa sesak nafas selain mudah penat sehingga rasa mahu pitam antara simptom yang dialami penghidap hipertensi pulmonari (PHT), meskipun sekadar berjalan pada rentak biasa.
Gejala PHT juga berpunca daripada sejarah penyakit gangguan hormon hipertiroid bagi yang pernah menghidapinya.
Pesakit juga perlu melalui pemeriksaan kesihatan berkala selain bergantung pada ubat tertentu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan normal.
Penghidap PHT sering berdepan dilema khususnya membabitkan aspek psikologi dan sosial. Mereka tampak seperti orang normal tetapi banyak perkara yang tidak dapat dilakukan.
Selain tidak boleh terbabit dalam aktiviti lasak dan berat seperti larian mahupun bersukan, pesakit perlu mengawal pengambilan makanan tertentu antaranya air dan garam kerana boleh menjejaskan tahap kesihatan.
Jika tidak dikawal atau tidak menuruti saranan doktor, ada kemungkinan berlaku masalah jantung dan paru-paru kronik. Sebaiknya pesakit PHT perlu didiagnosis awal bagi mengelak masalah menjadi serius.
SUKAR DIKESAN
Penyakit PHT sukar dikesan melainkan mereka mempunyai sejarah penyakit jantung atau paru-paru ketika lahir.
Bagi individu normal, penyakit ini amat sukar dikesan sehinggalah mereka didapati mengalami masalah pada jantung atau paru-paru.
Biasanya apabila dikesan, ia sudah terlalu lewat untuk dibendung menerusi terapi atau pengambilan ubat.
Gejala PHT sukar difahami individu normal, biasanya mereka berjumpa doktor apabila mengalami serangan seperti sesak nafas atau sakit jantung.
Tidak dinafikan, ada juga doktor yang terlepas pandang masalah PHT kerana menyifatkan ia gejala biasa akibat terlalu penat bekerja.
PHT merujuk pada tekanan darah tinggi dalam sistem jantung ke paru-paru yang menyebarkan darah segar (yang mengandungi oksigen) ke jantung serentak darah sudah digunakan (tidak mengandungi oksigen) kembali ke paru-paru.
Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi yang disebabkan saluran darah sempit sehingga menyebabkan tekanan pada jantung.
PHT ialah tekanan darah dalam paru-paru menyebabkan jantung terbeban.
KAEDAH RAWATAN
Rawatan PHT juga adalah berbeza mengikut tahap dan keadaan pesakit, antaranya memberi pesakit peluang kepada akses ubat lebih baik seperti sildefil atau tadafil yang dilihat memberi impak lebih baik kepada pesakit.
Namun, ubat jenis ini mempunyai akses sangat terhad kerana polisi ketat untuk membawa masuk ubat berkenaan di Malaysia.
Ada pesakit yang menggunakan ubat terbabit dan terbukti kesan positif terhadap kualiti hidup mereka apabila dapat menjalani rutin seperti individu normal.
Tanpanya, pesakit PHT di Malaysia terus hidup dalam tahap kronik yang memerlukan mereka bergantung penuh pada tangki oksigen sekali gus menjejaskan kualiti hidup.
GEJALA HIPERTENSI PULMONARI
Gejala awal termasuk:
- Sesak nafas ketika aktiviti rutin.
- Keletihan.
- Sakit dada.
- Denyutan jantung pantas seperti berlumba.
- Sakit di bahagian atas sebelah kanan abdomen.
- Kurang selera makan.
Gejala susulan:
- Merasa ringan, terutamanya ketika aktiviti fizikal.
- Pengsan.
- Bengkak di pergelangan kaki atau kaki.
- Bibir dan kulit pucat kebiru-biruan.
GANGGUAN RENTAK DEGUPAN
Degupan jantung kita dikawal perentak jantung semula jadi dinamakan nod sinus (SA) yang terletak pada atrium kanan di bahagian atas jantung. Nod sinus ini menghasilkan impuls elektrik yang mencetuskan setiap degupan.
Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke dalam ventrikel.
Impuls eletrik itu kemudian tiba di kelompok sel dinamakan nod atrioventrikel (AV) yang juga laluan tunggal untuk isyarat bergerak dari atrium ke ventrikel di bahagian bawah jantung.
Nod AV memperlahankan isyarat elektrik sebelum menghantarnya ke ventrikel dan kelewatan itu membolehkan ventrikel diisi dengan darah. Otot ventrikel yang menerima impuls elektrik akan mengecut dan mengepam darah ke paru-paru dan bahagian lain tubuh.
Bagi individu dengan jantung sihat, proses berkenaan berjalan lancar dan menghasilkan kadar denyutan jantung normal antara 60 hingga 100 degupan seminit.
Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat.
Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat.
Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.
Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kadar garam galian atau elektrolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi.
Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Malah, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.
Tanda rentak degupan jantung tidak sekata menyebabkan penghidapnya mengalami degupan jantung kencang, sakit dada, sesak nafas, manakala pening, pitam, pengsan dan kepenatan akibat degupan jantung terlalu perlahan.
Masalah rentak degupan jantung boleh berlaku mendadak tetapi tidak terus-menerus, hanya seketika namun, jika masalah ini dialami setiap hari penghidapnya akan dipasang peranti khusus dinamakan ‘holter monitor’ untuk mengawasi rentak degupan jantung termasuk merakam aktiviti organ itu selama 24 jam.
Alat ini biasa digunakan selepas pemeriksaan biasa menggunakan EKG tidak memberikan doktor maklumat secukupnya berkenaan masalah jantung pesakit. Maklumat diperoleh daripada holter monitor itu akan diguna untuk mendiagnosis sama ada pesakit itu mempunyai masalah rentak degupan jantung.
Jenis-jenis aritmia
1. Atrial Fibrillation
Bahagian atas jantung iaitu atrium berdegup tidak sekata iaitu lebih laju berbanding berdegup dengan berkesan untuk membawa darah ke ventrikel. Masalah ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, kegagalan jantung dan komplikasi lain berkaitan jantung.
2. Bradycardia
Degupan jantung perlahan iaitu kurang 60 degupan seminit bagi orang dewasa. Namun, kadar degupan jantung yang perlahan bergantung pada usia dan tahap kecergasan kerana bagi orang tertentu, ia tidak mendatangkan masalah.
Rentak jantung perlahan disebabkan nod sinus bermasalah, impuls elektrik tidak dialirkan dari atrium ke ventrikel, masalah metabolik seperti hypothyroidism dan kerosakan pada jantung disebabkan sakit jantung.
3. Conduction Disorders
Pengaliran elektrik jantung terganggu apabila ada penyumbatan pada ventrikel kiri atau kanan bahagian bawah jantung, yang menyebabkan impuls elektrik melencong sekali gus memperlahankan aliran.
Impuls elektrik mengalir ke kedua-dua ventrikel dengan kelajuan sama dan menguncup juga pada waktu sama. Gangguan pengaliran ini menyebabkan satu daripadanya menguncup lebih perlahan.
4. Premature Contraction
Penguncupan pramatang daripada atrium (PAC) atau daripada ventrikel (PVC) menyebabkan jantung berdegup awal dan melangkau kadar biasa. Pesakit akan mengalami tanda seperti berdebar-debar, yang biasa dialami remaja dan kanak-kanak.
5. Tachycardia
Degupan jantung laju iaitu lebih 100 degupan seminit bagi orang dewasa disebabkan gangguan isyarat elektrik pada bahagian atas jantung yang datang daripada nod sinus. Siri degupan awal pada atrium meningkatkan kadar kelajuan rentak dan menyebabkan darah tidak dapat memenuhi ventrikel sebelum menguncup dan menjejaskan aliran darah ke tubuh.
6.Ventricular Fibrillation
Ventrikel di bahagian bawah jantung berdegup tidak sekata, iaitu lebih laju dan masalah ini boleh mengancam nyawa kerana jantung tidak dapat mengepam darah seterusnya mengakibatkan penghidapnya pitam dan diikuti serangan jantung.
7. Adam Stokes Disease
Gangguan pada aliran degupan jantung bahagian atas ke bahagian bawah menyebabkan jantung tersumbat. Apabila tersumbat, degupan jantung menjadi perlahan dan menjejaskan aliran darah ke otak. Pesakit boleh pengsan dan mendapat sawan.
8. Atrial Flutter
Isyarat elektrik yang cepat menyebabkan otot atrium mengecut dengan pantas dan mengakibatkan degupan jantung menjadi deras.
9. Sick Sinus Syndrome
Nod sinus tidak melancarkan isyarat elektrik dengan sempurna, menyebabkan kadar degupan jantung jadi perlahan. Kadar degupan jantung juga kadangkala bertukar daripada perlahan menjadi laju.
10. Sinus Arrhytmia
Kitaran pertukaran kadar degupan jantung ketika bernafas dan biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
11. Wolf-Parkinson-White Syndrome
Laluan tidak normal di antara atrium dan ventrikel menyebabkan isyarat elektrik tiba di ventrikel terlalu awal dan berbalik ke atrium. Kadar degupan jantung yang terlalu deras, menyebabkan isyarat elektrik melantun di antara atrium dan ventrikel. Pesakit dengan sindrom ini tidak menunjukkan sebarang tanda tetapi berisiko tinggi mati mengejut.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Kelebihan Minyak Ikan Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung
- Sering Mengalami Rasa Berdebar-debar, Adakah ia Berbahaya?
sumber: 1 | 2 | 3