7 Cara Mengatasi Ereksi Lemah

Zakar, salah satu anggota badan yang unik. Ia boleh menegang sendiri dan kadang-kadang ia tak boleh menegang ketika anda inginkannya! Tapi mengapa zakar sukar tegang?

Lemah tenaga batin

Menurut kajian yang diterbitkan American Journal of Medicine, hampir 15% lelaki yang berusia 20 hingga 39 tahun mengalami masalah zakar susah tegang atau ereksi lemah.

Manakala hampir 20% lelaki yang berusia 40 hingga 59 tahun pula tidak memiliki hubungan intim yang sihat kerana zakar susah tegang.

Ada banyak sebab mengapa anda boleh menghadapi masalah zakar susah tegang, namun berikut antara 7 cara bagaimana anda boleh mengelaknya daripada berlaku lagi.

7 petua untuk zakar sukar tegang.

1. Pergi ke gim bersenam

Menurut Dr. Ryan Berglund, seorang pakar urologi di Klinik Cleveland, pengaliran darah adalah kunci utama untuk ereksi yang lebih sihat.

Bersenam adalah salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran darah dan berlari juga membantu, namun anda tidak digalakkan duduk di atas basikal terlalu lama. Seluar yang ketat juga tak membantu, ya!

2. Berhenti merokok

Kajian yang dilakukan oleh University of Kentucky mendapati ramai perokok tidak merasa puas di dalam hubungan intim berbanding lelaki yang tidak merokok.

Malah, kajian juga mendedahkan saiz zakar seorang lelaki yang merokok didapati lebih pendek dari lelaki yang tidak merokok!

Jadi, ada baiknya anda berhenti merokok untuk mengatasi masalah zakar susah tegang ini.

3. Minum kopi

Kajian dari University of Texas Health Science Center di Houston mendapati walaupun rokok boleh menyebabkan masalah zakar susah tegang, tapi kopi boleh merawatnya!

Lelaki yang minum hampir 2 hingga 3 cawan kopi setiap hari jarang menghadapi masalah ereksi tidak berfungsi.

4. Elak kencing manis

Kencing manis antara salah satu cara yang paling cepat untuk anda mengalami masalah zakar susah tegang.

Hampir 50% lelaki yang menghidap diabetes menghadapi masalah ini.

Jadi sebelum terlambat, lebih baik anda mengurangkan kandungan gula dalam minuman dan makanan anda.

Pastikan juga anda sentiasa memeriksa paras gula dalam badan anda.

5. Hati-hati ketika melakukan dayungan

Tahukah anda, jika terlalu ganas ketika dayungan, anda berisiko untuk terkena masalah zakar patah!

Ya, zakar boleh patah dan anda memerlukan pembedahan untuk merawatnya.

Anda memerlukan masa selama 24 jam untuk sembuh selepas pembedahan bagi mengelak pendarahan dalaman dan kerosakan kekal.

Untuk lebih berhati-hati, jaga-jaga dengan posisi woman on top. Posisi ini dikatakan menjadi punca utama kenapa zakar boleh patah.

6. Tak payah ambil Grab, jalan kaki!

Menurut Dr. Goldstein, lelaki yang berjalan sepanjang 2 km setiap hari kurang berhadapan dengan masalah zakar sukar tegang berbanding lelaki yang tidak rajin berjalan.

20 minit masa berjogging juga dikira sebagai senaman berjalan dan semakin banyak anda bersenam, makan dengan sihat dan fleksibel, lebih kurang risiko anda terkena masalah ereksi.

7. Dapatkan tidur yang cukup

Penis anda juga memerlukan tidur sebanyak yang mungkin. Setiap kali anda tidur, ereksi boleh mencapai selama 3 hingga 5 jam.

Ini sebenarnya salah satu cara bagaimana penis mengecas semula tenaganya untuk mengekalkan pengaliran darah.

Jadi secara teori, lebih banyak ereksi ketika tidur yang anda ada, lebih fleksibal tisu ereksi zakar!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent