Disebalik Perbalahan Kaum Di Malaysia
Adakah orang Melayu pemalas? Persoalan yang sama boleh ditanya sama ada, adakah orang India kaki mabuk atau gangster? Adakah orang Cina semua kaya? Inilah stereotaip yang sering dipromosi dalam masyarakat kita di Malaysia. Mengenai isu malas. Biasanya majikan dan juga masyarakat amnya menganggap mereka yang buat kerja 8 jam itu malas berbanding dengan mereka yang buat kerja lebih masa (OT).