Kenapa Burger King Dan McDonald's Gagal Di Vietnam?

Pasti semua orang sudah tahu restoran makanan segera menguasai pasaran makanan di seluruh dunia dengan Burger King mempunyai lebih daripada 16,000 lokasi di lebih 100 negara dan McDonald's mempunyai lebih daripada 36,000 buah cawangan. Malah, terdapat sebuah cawangan McDonalds di New Zealand yang beroperasi dalam sebuah pesawat yang tidak lagi digunakan dan terdapat juga di Vatican City.