'Semua Doa Saya Dimakbulkan Kecuali Satu Perkara'
Pada suatu ketika, Imam Ahmad Bin Hanbal yang berasal dari Baghdad, Iraq telah berkelana ke Kota Basrah, yang jaraknya adalah sekitar 200 batu. Walaupun namanya cukup mahsyur di tanah Arab kerana ketokohannya dalam ilmu agama, Imam Ahmad memilih untuk bermusafir sendirian tanpa ditemani seorang pun muridnya. Tidak seperti biasa, kali ini beliau bermusafir tanpa sebarang sebab musabab yang