Segi Tiga Emas Asia Tenggara Pengeluar Methaphetamine Terbesar Di Dunia
Benarkah Segi Tiga Emas atau Golden Triangle di sempadan Thailand, Myanmar dan Laos merupakan antara tempat paling berbahaya di dunia? Atau ia sengaja digembar-gemburkan sedemikian rupa oleh pihak yang mempunyai kepentingan. Itulah persoalan penting yang sering bermain di benak fikiran mana-mana individu yang berhasrat menjejakkan kaki ke kawasan pengeluaran candu terbesar di dunia itu.