Jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri Dan Menteri Besar Dihadkan 2 Penggal

Tempoh perkhidmatan bagi jawatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja, juga melibatkan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai langkah untuk mereformasi sistem politik. Menurut Tun Mahathir, Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain, ketika membentangkan usul mengenai kajian separuh penggal Rancangan malaysia ke-11 (RMK-11) 2016-2020 di Dewan Rakyat.