Jangan Abaikan Hubungan Intim Demi Keharmonian Rumah Tangga
Hubungan intim antara pasangan suami isteri bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, malah ia amat penting kerana mampu menjaga keharmonian, kerukunan serta kebahagiaan berpanjangan dalam kehidupan berumah tangga. Hubungan intim itu adalah sebahagian daripada naluri asas manusia yang boleh mencetuskan perasaan positif seperti kegembiraan, ketenteraman, rasa disayangi serta dihargai