Apa Itu Notis Merah Interpol?
Notis Merah Interpol adalah permohonan oleh negara anggota bagi mengesan dan menangkap seseorang individu sebelum dia dikenakan ekstradisi dan notis itu akan hanya dikeluarkan sekiranya terdapat waran tangkapan kebangsaan yang sah. Notis Merah boleh digunakan di mana-mana negara anggota Interpol dan pasukan polis di semua negara anggota adalah berkewajipan menangkap individu dikehendaki.