Juri MasterChef UK Dikritik Tak Kenal Nasi Lemak Rendang Ayam

Komen dibuat juri program MasterChef UK berhubung nasi lemak rendang ayam hasil air tangan peserta Zaleha Kadir Olpin bukan saja mengundang reaksi rakyat Malaysia, malah turut mendapat perhatian chef selebriti terkenal, Chef Wan. Dalam mempertahankan masakan tradisi itu, Chef Wan berkata kedua-dua juri iaitu John Torode dan Gregg Wallace tidak mempunyai pengetahuan luas dalam bidang diceburi