Legenda Gua Laing Di Keningau

Gua Laing yang terletak di daerah Keningau, Sabah, dipercayai telah wujud sejak lima belas ribu tahun dahulu yang lalu dan dipercayai telah dibina oleh Dewi Kayangan. Menurut cerita legenda, seorang Dusun kujau bernama Laing telah menemui sebuah gua sedang dibina oleh Dewi Kayangan semasa beliau memburu binatang di hutan dengan menggunakan alat buruan seperti parang dan bujak (tombak).