Zarina Zainuddin Dan Anak Ditengking, Kena Halau Peniaga Kurang Ajar


Ini merupakan sikap hina peniaga di Malaysia terutama dari kaum Melayu. Sikap dengki tak pernah luput dari hati para peniaga.

Ini lah yang terjadi kepada pelakon Zarina Zainuddin apabila dihalau oleh seorang peniaga yang bersikap kurang ajar kerana dengki.

Zarina Zainuddin yang kini berniaga pulut kuning, dikatakan dihalau oleh seorang penjual buah ketika berda di Dataran Lumut.

Lebih menyedihkan ketika kejadian, anak istimewanya turut berada di situ. Apabila dimarah dan dihalau, anak Zarina bernama Azil menjadi tak tentu arah.

Episod duka ini dikongsikan oleh Zarina Zainuddin di laman Instagram miliknya.

Ini pengalaman dari Zarina:

"Assalamualaikum. Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dengan orang orang yang sama meniaga disana.

"Bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana. Saya baru sampai disana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dengan Azil ditepi bucu ada tempat duduk di situ sementara tengok hand phone saya, customer saya dah sampai nak tahu Kak Ina kat mana ..sebab takde parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta.

"Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya, suruh angkat pulut saya disitu. Bagi lah salam bang, tiba tiba menjerit saya, dah lah dengan Azil tak tentu arah jadinya.

"Kita ni orang Melayu jangan berdengki sama sendiri. Awak jual buah saya jual pulut jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya Umie Aida suka rambutan.

"Awak nak marah pun jangan tengking tengking orang, customer saya tengah nak beli pun dia halau last last saya dapat satu parking kereta isteri nya datang beli pulut saya, pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut. Kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya.

"Takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang orang yang ada hari dah malam .. Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut. Nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning.

"Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju.. Melayu ke tu yea..orang Melayu.. Saya dapat pahala bagi orang makan semalam .. Allhamdulillah

"Duit boleh cari bang atitude tak boleh beli ..ia lahir dari jiwa yang tulus. Walau kadang -kadang ada orang mengata kita kat belakang. Rezeki Allah bagi

"Semoga abang tu dapat membersihkan hatinya"

Apapun sabarlah wahai Zarina. Ini mungkin satu lagi ujian untuk Zarina.

Kepada peniaga di luar sana, janganlah bersikap dengki apatah lagi sesama Melayu. Berita Memey rasakan, kalau terus berperangai macam ni, memang tak akan maju lah jawabnya.

Sekiranya perniaga saling bantu membantu dan bersikap pemurah hati, dengan izinNya rezeki anda akan mencurah-curah, perniagaan akan maju!

Sumber: IG Zarina Zainuddin