Adik Bongkar Perangai Uqasha Senrose Dan Nelydia Senrose Yang Ramai Tak Tahu
Adik beradik Senrose merupakan antara adik beradik paling popular di Malaysia.
Siapa yang tak kenal dengan tiga adik beradik artis yang cantik-cantik semuanya iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.
Mereka bertiga sememangnya amat popular di negara ini dengan jumlah follower ketiga tiga mereka sahaja sudah mencecah 6.5 juta follower di laman media Instagram.
Satu angka yang amat besar!
Nelydia Senrose mempunyai 3.3 juta follower, Uqasha Senrose pula mempunyai 2.7 juta follower manakala adik mereka yang baru menceburi bidang seni, Rasya Rizrose mempunya 500 ribu follower.
Memang ramai lelaki akan bergetar 'tulang rusuk' melihat ketiga-tiga gadis cantik ini.
Umum mengetahui, antara ketiga-tiga mereka, Uqasha Senrose setiasa terpalit dengan kontroversi hangat lebih-lebih lagi selepas membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Nelydia pula lebih popular dengan lakonannya yang amat mantap dan selalunya tiada sebarang cerita panas tentang nya.
Raysha Rizrose pula merupakan adik mereka, yangbaru masuk bidang seni setelah menjadi pemenang Dewi Remaja 2015.
Kali ini, menerusi portal mStar, Raysha Rizrose telah mendedahkan perangai kedua-dua kakaknya yang orang luar tidak tahu.
Rupanya, antara kedua-dua mereka, Nelydia Senrose antara yang paling manja dan seperti budak-budak. Manakala, Uqasha Senrose disifatkan sebagai seorang kakak yang penyayang dan jujur.
Raysha Rizrose memang rapat dengan kedua dia kakaknya itu.
Ini komennya:
"Dua dua saya rapat. Rapat dengan Nelydia rapat gaduh selalu. Dengan Uqasha rapat macam 'sister'.
TENTANG NELYDIA
"Semua orang tahu saya suka gaduh dengan dia sebab dia manja. Nelydia seorang yang terlampau manja tak sesuai dengan umur. Kuat menangis, dia macam budak kecil, baby like.
"Dia lawak, tapi lawak yang macam lawak bodoh"
TENTANG UQASHA
"Uqasha seorang yang cute, seorang yang jujur, skakak yang penyayang, sentiasa melindungi adik-adik dan seorang yang pemurah"
Raysha Rizrose akui memang amat rapat dengan kakaknya dan tidak kisah jika nama sering dikaitkan dengan kakaknya.
Semoga Raysha Rizrose sukses dalam bidang seni yang baru diceburi ini. Good luck!
Sumber: mStar