Setem Tanpa Harga Bernilai RM5 Juta!

Bukan kisah dongeng. Tanpa disangka sekeping setem boleh mencecah harga RM5 juta dan pemiliknya, Mubarak Ali Rajak, bakal bergelar jutawan kerana hobi dan minatnya mengumpul setem. Memetik tulisan Syahril A Kadir di laman Facebooknya, pada 3 Jun 1967, Mubarak yang ketika itu baru berumur 15 tahun sedang melihat surat-surat yang diterima bapanya di kedai mereka di Kuantan, Pahang. Dek kerana